KUALA LUMPUR: Seramai 10 pegawai dan 90 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pelbagai kor Tentera Darat (TD) terlibat dalam Malaysian Army Live Demonstration yang di saksikan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak sempena hari pertama Pameran Defence Services Asia 2016 (DSA) bertempat di Perkarangan Putra World Trade Centre (PWTC) pada 18 Apr 2016.
Demontrasi pada kali ini berkonsepkan kesiagaan serta menampilkan ketangkasan trup dari Unit Lawan Keganasan (ULK) pasukan 21 Grup Gerak Khas (21 GGK) dan Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) melibatkan dua buah Helikopter Agusta LOH dalam senario meyelamatkan mangsa penculikan.
Pada masa yang sama turut di persembahkan Demontrasi Solat Medan yang diguna pakai oleh anggota ATM sewaktu berdepan dengan suasana getir di medan perang dan Persembahan Drum Liner daripada Pusat Latihan Muzik TD (PUZIDA).
Turut hadir Menteri Pertahanan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Johari Baharom, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin dan Panglima Tentera Darat (PTD) dan Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
Gambar: Pbt Ainur Aisyah Yahaya