BAKATSemasa

Serah Terima Tugas BAKAT ATM dan TD

KUALA LUMPUR: Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM antara Puan Sri Dato’ Hjh Umi Kalsom Wan Awang dengan Puan Sri Norlida Hj Abdul Mubin disaksikan oleh Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota Selaku Penasihat BAKAT ATM, Mej Jen Datuk Zakaria Yadi di Dewan Bankuet, Rumah BAKAT ATM pada 16 Dis 2016.

Serah terima tugas ini juga bersempena dengan persaraan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin yang akan bersara dan di ambil alih oleh PAT yang baharu, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan kenaikan pangkat  Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim yang dinaikkan pangkat Jen serta menjawat jawatan sebagai PTD Ke-26.

Sejurus selesai majlis tersebut, Puan Sri Norlida Hj Abdul Mubin bergerak ke Dewan Tanjung Wisma Transit bagi acara Serah Terima Tugas Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat antara beliau dengan Datin Sri Zaleha Md Yusof.

Turut hadir Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Laut, Puan Sri Noor Azrina Abdullah dan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, Puan Sri Dato’ Khairani Mohd Zin.

Gambar: Tengku Norsuraya Tengku Abd Rahman

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online