Semasa

Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-73 Raja Perlis Meriah

KUALA LUMPUR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan mencemar duli ke Majlis Santapan Malam Bersama Kolonel Yang Dipertua Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) bersempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-73 ba­ginda di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia pada 13 Mei 2016.

Majlis yang dihadiri seramai 650 pegawai dan pasangan turut menyaksikan baginda  menyampaikan kurniaan buku-buku ilmiah kepada 10 buah sekolah iaitu tiga di Perlis manakala selebihnya di Sabah dan Sarawak.

Majlis terut diserikan lagi dengan perkenan Tuanku memotong kek sempena ulang tahun keputeraaan baginda disamping persembahan- persembahan , tarian serta nyanyian dari pegawai-pegawai RRD dan KPTD serta diiringi pleh Gabungan Pancaragam Pusat dan Kombo RRD.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Zulkifeli Mohd Zin

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button