SemasaSukan

Malam Akrab Bola Sepak TD Eratkan Hubungan Pemain

KUALA LUMPUR: Pemain dan Jurulatih Bola Sepak dalam setiap Kor dan Rejimen Tentera Darat (TD) hadir dalam Majlis Malam Akrab Pertandingan Bola Sepak Antara Kor dan Rejimen Tentera Darat (TD) Tahun 2016 yang disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Bola Sepak TD (PBTD), Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor bertempat di Dewan Dato’ Jamil pada 14 Mei 2016.

Majlis diadakan bersempena Pertandingan Bola Sepak Antara Kor/Rejimen TD yang akan berlangsung pada 16 hingga 27 Mei 2016 melibatkan 15 pasukan bertanding serta dianjurkan oleh Kor Jurutera Elekrik Dan Jentera Diraja (KJLJD).

Dalam ucapan Pengerusi PBTD beliau menyatakan bahawa dengan berbekalkan pengalaman, latihan dan komitmen di tambah pula barisan jurulatih serta pengurusan yang mantap, setiap pasukan mampu beraksi dengan cemerlang dan profesional.

“Pertandingan ini dilaksanakan bagi mencari dan memilih bakat-bakat baharu untuk mewakili TD dalam pertandingan peringkat ATM dan seterusnya mampu mewakili ATM di peringkat kebangsaan serta mampu menjadi platform untuk memupuk semangat kesukanan dan kerjasama dalam satu pasukan yang tinggi,” ujarnya.

Turut hadir Pengarah KJLJD selaku Pengerusi Penganjur Pertandingan, Kol Mohamad Razak Kamari, Setiausaha PBTD Lt Kol (KM) Abdul Kadir Jayalani Shahul Hameed serta wakil-wakil Pengarah Kor.

Gambar: Lt M Luqmanul Arif Abdul Karim

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online