1 Div2 Div3 Div4 DivMK Medan BaratSemasaSukanTask Force 450Trup TD

Kejohanan Olahraga TD Lahir Atlet Berwibawa

SELANGOR:  Sembilan Formasi Tentera Darat (TD) terdiri daripada Trup TD, Trup Pemerintahan Medan Barat TD (PMBTD), Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin TD (MK PLDTD), Markas Pemerintahan Logistik TD (MK PLTD), Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (MK 1 Div), Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (MK 2 Div), Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Div), Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (MK 4 Div) dan Task Force 450 terlibat dalam Kejohanan Olahraga TD kali Ke-35  dan acara pembukaan  disempurnakan oleh Panglima PMBTD, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim bertempat di Mini Stadium Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) pada 17 Mei 2016._07E0138

Objektif utama penganjuran adalah untuk memupuk gaya hidup yang sihat di kalangan anggota TD serta memilih atlet yang terbaik untuk diketengahkan ke peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekaligus mengharumkan nama TD di peringkat kebangsaan malahan antarabangsa.

Dalam ucapannya beliau menaruh harapan yang tinggi kepada atlet yang mewakili serta membawa cabaran formasi masing-masing agar dapat bertanding dengan penuh semangat kesukanan dan mengekalkan tahap disiplin yang tinggi.

“Saya harapkan agar kejohanan pada kali ini bukan sahaja dapat mencungkil bakat-bakat baharu malah memberi peluang kepada warga TD untuk saling mengenali dan mengeratkan semangat setia kawan serta mempamerkan mutu kesukanan yang tinggi dalam kejohanan ini,” katanya.

Turut hadir Panglima Latihan Tentera Darat (PLTD) Mej Jen Dato’ Paduka Tengku Ahmad Noor Tuan Chik, Panglima 4 Div Mej Jen Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online