SemasaSukan

9 RAMD Para Johan Piala Sultan Abdul Halim

KUALA LUMPUR: Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (9 RAMD Para) dinobatkan sebagai Johan setelah berjaya mengalahkan 19 RAMD Mekanize dengan jaringan 3 gol berbalas 1 dalam  Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Tahun 2016  yang diadakan di Stadium KEMENTAH pada 5 Ogos 2016.

Dalam perlawanan akhir tersebut, 19 RAMD Mek terlebih dahulu menjaringkan gol awal pada minit pertama oleh  pemain memakai jersi 14, Pbt Shahrul Aznei Shabri dan disusuli oleh jaringan penyamaan dari 9 RAMD Para oleh Pbt Muhamad Hafiz Harun pada minit ke 64 dan  perlawanan berkesudahan dengan seri setelah 90 minit perlawanan tamat.

Perlawanan bersambung dalam masa tambahan selama 30 minit diberikan sebagai penentuan yang menyaksikan 9 RAMD Para mengunakan peluang yang ada dengan menjaringkan dua gol pada minit 97 dan 101 oleh Kpl Jamarul Anuar Johar dan Kpl Muhd Nor Shahidan Mohamed sekaligus  merialisasikan impian mereka untuk memiliki   Piala Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah serta menghampakan pasukan lawan.

Acara penutup majlis disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi yang menyampaikan Piala Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah kepada pasukan  9 RAMD Para serta hadiah kepada  Penjaring Gol Terbanyak iaitu  Kpl Muhd Nor Shahidan Mohamed dan Pemain Terbaik Pertandingan Akhir iaitu Kpl Azri Mohamed @ Rahman  yang mana kedua-duanya dari pasukan 9 RAMD Para.

Turut hadir Panglima Medan Barat, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, pegawai-pegawai kanan dan anggota LLP RAMD.

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online