KUALA LUMPUR: Seramai 16 pegawai dan 280 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) dan Batalion Keenam RRD terlibat dalam Istiadat Perbarisan Serah Terima Panji-panji Rejimen kedua-dua pasukan yang disempurnakan oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) merangkap Pengerusi Kor Rejimen Renjer Diraja (RRD,) Lt Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar bertempat di Padang Kawad 1 RRD pada 18 Ogos 2016.
Perbarisan dimulakan dengan acara yang begitu simbolik dan bersejarah iaitu pertukaran Panji-Panji Rejimen yang mana Pegawai Memerintah 1 RRD, Lt Kol Irwan Ibrahim dan Pegawai Memerintah 6 RRD, Lt Kol Mohd Adlie Mohamad saling bertukar Panji-Panji.
Objektif utama perbarisan istiadat yang bersejarah ini adalah merupakan ketetapan TD dalam rancangan perpindahan silang di antara 1 RRD yang berpangkalan di Johor bertukar dengan 6 RRD yang berpangkalan di Kuala Lumpur disamping menyeragamkan tugas dan peranan pasukan-pasukan dalam RRD terhadap penugasan rejimental serta istiadat yang mana TD berpendapat adalah sesuai untuk 1 RRD menggalas tanggungjawab terhadap penugasan rejimental selaku pasukan terkanan di dalam RRD.
Turut hadir Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hasaan dan Panglima 7 Bgd, Brig Jen Mohd Hassan Loman.