Bersama PemimpinMINDEFSemasa

MENHAN Bentang Strategi Perangi Daesh

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Malaysia (MENHAN) Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein memperjelaskan garis panduan untuk memerangi kemasukan ideologi Daesh daripada menular dikalangan anggota tentera khususnya serta rakyat Malaysia amnya semasa ucaptamanya di Majlis Perasmian 40th Pacific Armies Management Seminar (PAMS) bertempat di hotel terkemuka pada 26 Sep 2016.

Strategi tersebut merangkumi empat pendekatan utama iaitu perangkaan strategi, pembabitan pelbagai pihak, merencana jangkaan dan kepemimpinan atau ringkasannya ‘SEAL’.

Aspek pertama adalah perangkaan strategi di antara agensi yang terlibat dalam usaha mengekang keganasan sehingga ke akar umbi melibatkan pengenalpastian setiap anggota tentera yang cenderung ke arah keganasan malahan tindakan segera akan diambil jika mereka mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menjadi pengganas selain pengaplikasian Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), yang mana kerjasama ketenteraan di antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan rondaan di sekitar kawasan tumpuan utama pelancongan serta kawasan yang dikenalpasti menjadi sasaran pengganas.

Pendekatan kedua pula menekankan penglibatan peringkat dalaman dan luaran yang mana peringkat dalaman perlu dipertingkatkan terlebih dahulu dengan mengamalkan sikap saling percaya dan saling bantu dikalangan agensi-agensi dan seterusnya memperluaskan lagi strategi dengan melibatkan peringkat luaran seperti organisasi badan bukan kerajaan (NGO) bagi mendidik orang ramai tentang ancaman yang muncul selain mendapatkan maklumbalas bagi merangka pendekatan yang lebih berkesan.

Seterusnya, pendekatan ketiga pula adalah susulan kejayaan pendekatan kedua di mana pengumpulan dan perkongsian maklumat tentang perkara yang berlaku di peringkat akar umbi khasnya berkaitan sentimen awam dapat disalurkan dikalangan agensi  dengan lebih efisyen selain penglibatan antarabangsa melalui diplomasi ketenteraan yang mampu memberikan maklumat perisikan serantau serta meneruskan pelaburan dalam teknologi meskipun berhadapan dengan persekitaran ekonomi global yang tidak menentu demi berada terus dihadapan daripada aspek risikan.

Manakala pendekatan yang terakhir sekali adalah mengenai aspek kepimpinan yang membawa definisi bahawa seorang pemimpin perlu memastikan anggota dibawah kepimpinannya tidak hilang fokus terhadap masalah utama yang sedang dihadapi malahan seorang pemimpin juga perlulah sentiasa tenang dalam menghadapi sesuatu krisis yang mendatang serta memberikan sepenuh tenaga dalam mencapai sesuatu objektif yang dirangka.

Aspek yang dibentangkan ini memerlukan kerja keras serta usaha yang berterusan tanpa mengenal menyerah kerana dengan nilai bersatu teguhlah dapat membendung keganasan terlampau ini dari menular ke generasi yang akan datang.

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online