SemasaSukan

Penutup Kejohanan Berbasikal Karnival Sukan ATM

MELAKA:  Tim Lumba Basikal Tentera Darat mucul Naib Johan keseluruhan Kejohanan Berbasikal sempena Karnival Sukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semasa majlis penutup kejohanan yang disempurnakan oleh Panglima 10 Bgd Para merangkap Pengerusi Persatuan Lumba Basikal Tentera Darat, Brig Jen Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim bertempat di Tanjung Bidara pada 3 Nov 2016.

Terdahulu sebelum itu diadakan acara Ujian Bermasa Berpasukan 40 kilometer memperlihatkan TD mendapat tempat kedua berkumpulan dengan catatan masa 55 minit 56 saat dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)  terus mendominasi acara tersebut dengan catatan masa 54 minit 8 saat.

Dalam acara yang sama kategori individu, PW I Mohd Zukri Tahir muncul wira Tim Basikal TD apabila dinobatkan Johan Individu Ujian Bermasa diikuti Laskar Kls 1 PNK Mohd Nur Ridzuan Zainal dari Tim Basikal TLDM tempat kedua manakala Laskar Udara Kanan Muaz Abdul Rahim dari TUDM di tempat ketiga.

Turut hadir Penaung Persatuan Lumba Basikal TUDM, Brig Jen Dato’ Dr Mohd Zaki Mat Zain (TUDM), Pengerusi Persatuan Lumba Basikal TLDM, Komander Mohd Amin Md Tahir dan Setiausaha Lumba Basikal ATM, Komander Ismail Othman.

Gambar: Luqmanul Arif Abdul Karim

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online