SemasaSukan

TD Johan Triathlon Terbuka ATM 2016

MELAKA: Tentera Darat menunjukkan penguasaannya dalam Kejohanan Triathlon Terbuka Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2016 apabila muncul juara keseluruhan dalam kejohanan tersebut dengan masa terkumpul 16 jam 49 minit 13 saat menewaskan tim-tim perkhidmatan yang lain yang diadakan di kawasan sekitar Pantai Tanjung Bidara, Pengkalan Balak dan Linggi pada 26 Nov 2016.

Kejohanan pada kali ini dilaksanakan secara terbuka yang turut disertai oleh peserta-peserta awam dari dalam dan luar negara yang mana setiap peserta perlu mempamerkan kemampuan masing-masing bagi menghabiskan tiga displin merangkumi displin berenang sejauh 1.5 kilometer (km), berbasikal dengan jarak 40 km dan larian sejauh 10 km selain pada masa yang sama untuk mencungkil bakat-bakat baharu dari kalangan peserta tentera bagi mewakili ATM dalam sukan lasak.

Majlis penutup kejohanan disempurnakan oleh Panglima Latihan TD, Mej Jen Dato’ Paduka Tengku Ahmad Noor Tuan Chik  yang menyaksikan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mendapat tempat kedua keseluruhan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tempat ketiga manakala  Triathlet Terpantas disandang oleh Kpl Zuhar Ismail  dari  tim TD dengan catatan masa 2 jam 13 minit.

Dalam ucapan Panglima Latihan TD, beliau mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya menamatkan ketiga-tiga displin dengan masa yang ditetapkan dan mengingatkan bahawa sukan lasak bukan sahaja menjamin kesejahteraan fizikal malah turut membentuk peribadi seseorang itu agar tidak mengenal erti putus asa selain dapat memperbaiki pretasi di tahap terbaik serta meningkatkan displin yang tinggi dalam kehidupan.

“Selaras dengan konsep kerajaan yang mahukan seluruh rakyat mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan diri dan keluarga, maka sukan antara perkhidmatan seperti ini adalah langkah proaktif serta boleh dijadikan sebagai wadah untuk mendokong hasrat tersebut yang mana sukan ini adalah tradisi ATM dan sememangnya dinantikan oleh warga ATM setiap tahun,” jelasnya.

 Turut hadir Pengarah Gerak Khas selaku Pengerusi Persatuan Sukan Lasak ATM, Brig Jen Dato Hj Fadzil Tajudin, Penaung Sukan Lasak TLDM, Laksamana Pertama Jamaludin Mohd Saman dan Pengerusi JKK LS TUDM, Brig Jen Dato’ Dr. Mohd Yunos Masjuki.

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online