Bersama PemimpinSemasa

Menteri Kanan Pertahanan Santuni Warga PMTTD

SARAWAK: Seramai 400 warga Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), keluarga, Veteran ATM dan jemputan awam terlibat dalam Majlis Makan Malam Bersama Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein bertempat di Padang Kawad Kem Muara Tuang pada 5 Ogos 2022.

Sejurus ketibaan Menteri Kanan Pertahanan, beliau dipersembahkan tarian Ngajat sebelum diiringi Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM dan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain untuk bertemu dan beramah mesra bersama seluruh warga PMTTD yang hadir.

Majlis diteruskan dengan sesi jamuan makan sebelum diakhiri penyampaian cendera kenangan daripada Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Lt Jen Dato’ Mardzuki Muhammad kepada Menteri Kanan Pertahanan sebagai tanda penghargaan.

Turut hadir, Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mej Jen Dato’ Dzulkafli Hj Mustaffa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh.

Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online