SemasaWanita TD

Penasihat JKHEW KRD Dirai

KUALA LUMPUR: Penasihat Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Kor Risik Diraja (JKHEW KRD), Brig Jen Dato’ Norhuda Ahmad diraikan dalam satu majlis perpisahan bertempat di Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP)  pada 30 Dis 16.

Beliau dilahirkan pada 25 Jun 1957 di Johor Bharu lalu menceburi bidang ketenteraan pada tanggal 19 Sep 1977 sebagai Pegawai Perisikan Tentera (PPT) di Pulau Pinang dan antara pencapaian  beliau dalam bidang akademik ialah memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa ITM (1998), Ijazah Sarjana Pembangunan Sumber Manusia UPM (2002), Master Defence Studies UKM (2003) dan Master In Policing, Intelligence And Counter Terrorism (2010).

Jawatan terakhir yang disandang oleh beliau ialah Inspektorat Jeneral (IJ) BSPP dan merupakan Pengerusi JKHEW TD  yang sentiasa menjaga kebajikan anggota wanita TD serta banyak berjasa kepada TD amnya dan ATM Khasnya setelah berkhidmat selama 40 tahun dalam ATM.

Turut hadir Pengerusi JKHEW KRD, Lt Kol Azlinda Ab Rahman, pegawai-pegawai dan anggota LLP wanita KRD.

Gambar: LKpl Ainur Aisyah Yahaya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online