KEDAH: Warga 6 Bgd terdiri dari pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) hadir dalam Majlis Perjumpaan Panglima Tentera Darat Bersama Warga 6 Bgd sempena Lawatan Ulung PTD di Dewan Serbaguna Kem Lapangan Terbang pada 13 Jan 2017.
Dalam ucapan PTD, beliau menekankan kepada beberapa perkara iaitu mengenai aspek kesatuan, kepatuhan arahan semasa, penyaluran maklumat, pengekalan tahap BMI, pemantapan pengurusan organisasi, perbelanjaan berhemah dan kemalangan jalan raya di kalangan anggota tentera.
“Saya mahukan anda semua menjaga nama baik TD dengan melaksanakan tugas sebaik mungkin serta menghindari diri dari terlibat dalam mana-mana kes yang boleh menjejaskan reputasi TD seperti penglibatan jenayah, menganggotai kumpulan haram ataupun militan bersenjata, penyalahgunaan dadah, rasuah serta pelbagai pelanggaran disiplin yang boleh merosakkan masa depan anda semua.
Disamping itu, kepentingan penyampaian maklumat berkaitan apa jua perkara atau kejadian melibatkan TD terutama yang mempunyai kepentingan awam hendaklah disampaikan melalui saluran yang betul dan jangan sesekali menyalurkan maklumat melalui aplikasi media sosial yang terdedah kepada tatapan umum yang mana secara langsung telah menjejaskan imej serta kredibiliti TD,” tegas PTD.
PTD juga berkehendakkan agar aspek pemerintahan, kepimpinan dan pengurusan yang berwibawa bersandarkan ketulusan dan integriti perlu dihayati penuhnya bagi mencegah timbulnya dorongan tindakan di luar batasan peraturan dan peyalahgunaan kuasa.
Turut hadir Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar, Panglima 6 Bgd, Brig Jen Dato’ Dzulkarnain Ahmad dan Pengarah Infantri, Brig Jen Datuk Mohd Nizam Hj Jaffar.
Gambar: Sjn Vijay Gaundar Arikrishnan