KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim menandatangani Perjanjian Rancangan Perbelanjaan 2017 bersama Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin selaku Pengurus Aktiviti Operasi, Panglima Latihan TD, Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik selaku Pengurus Aktiviti Latihan dan Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Hj Jalaluddin Hj Manan selaku Pengurus Aktiviti Pengurusan dalam Majlis Menandatangani Program Pertahanan Darat di Bilik Mesyuarat Sekreteriat TD pada 20 Feb 2017.
Perjanjian tersebut bertujuan untuk memastikan segala kewangan dalam menguruskan perbelanjaan TD berjalan dengan lancar selain menjadi sebuah organisasi yang mampu berbelanja dengan berhemah serta mengawal perbelanjaan dengan cara yang betul mengikut keutamaan dan kepentingan agar tidak berlaku pembaziran.
Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi.