RencanaSejarah

MILITARY TOURISM: SATU CABARAN BARU DALAM PEMERKASAAN SEJARAH DAN WARISAN KETENTERAAN NEGARA

Pelancongan ketenteraan atau military tourism merupakan satu perkara baru di Malaysia untuk dibahaskan. Langkah Kementerian Pertahanan yang mencetuskan idea pemerkasaan military tourism pada tahun 2012 merupakan satu usaha positif yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi sedia ada dan perlu dilestarikan kelangsungannya. Inisiatif ini bertujuan untuk mempromosikan produk military tourism dan lokasi tapak bersejarah berkaitan ketenteraan untuk dibangunkan bagi menarik perhatian pelancong ke seluruh negara dan seterusnya bertujuan menyumbang peningkatan pendapatan negara seiring dengan perubahan dan kehendak semasa pelancong masa kini. Untuk membolehkan tapak bersejarah ataupun produk berkaitan dapat dijadikan sebagai produk military tourism yang berdaya saing ia memerlukan komitmen dan kolaborasi semua agensi berkepentingan selain kesediaan untuk melaksanakan komitmen secara konsisten. Ikuti perjalanan Kapt Muhammad Zuraiman Abdul Ghani yang menjelajah ke serata dunia untuk menjejaki sejarah ketenteraan dalam perspektif military tourism.

La pointe du Hoc en Normandie (Calvados, Basse-Normandie, France)

Suatu Persepsi

Definisi military tourism ini semestinya berkaitan dengan instalasi ketenteraan sama ada operasional mahupun tapak bersejarah. Ia juga meliputi muzium ketenteraan/perang, tapak pertempuran, kubu, kota pertahanan, tapak perkuburan dan juga elemen teknologi ketenteraan. Yang pastinya military tourism bukanlah  satu bentuk percutian kebiasaan sebaliknya melibatkan aktiviti ketenteraan atau reenactment sama ada melibatkan warisan ketara atau warisan tidak ketara mengenai sejarah ketenteraan.

Banyak contoh model negara luar yang dapat dijadikan contoh seperti Alaris Military Adventure di Ukraine yang memberi peluang kepada pelancong merasai setiap peralatan dan persenjataan manakala Country of Tourism di Rusia menawarkan peluang menerbangkan pesawat pejuang MIG. Jika kita melihat Amerika Syarikat misalnya, berjuta pengunjung melawat tapak pertempuran Civil War seperti Fort Sumter, South Carolina yang merupakan lokasi permulaan perang pada 12 April 1861. Antara lain yang tersenarai seperti Manassas National Battlefield Park di Virgina, Shiloh National Military Park di Tennesse, Richmond Sites di Virginia, Antietam National Battlefield di Maryland, Gettysburg National Military Park di Pennsylvania, Vicksburg National Military Park di Mississippi, Andersonville National Historic Site di Georgia dan Chickamauga & Chattanooga National Military Park, Georgia. Ini adalah sekadar beberapa contoh bagaimana Amerika Syarikat, sebuah kuasa besar dunia yang turut mengeksploitasikan sumber sejarah dan warisan ketenteraannya sebagai satu produk pelancongan. Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat juga konsisten dengan 87 buah institusi muzium di serata dunia. Ia mempamerkan komitmen Jabatan Pertahanan dalam menyediakan prasarana kepada anggota tenteranya sebagai supplement tool peningkatan ilmu pengetahuan serta penyebaran ilmu pengetahuan kepada masyarakat mengenai institusi ketenteraannya.

 

Muzium Ketenteraan Di Perancis

Penulis sebenarnya amat kagum bagaimana Perancis menjadikan khazanah Perang Dunia Kedua sebagai produk pelancongan terbaik di Eropah. Mungkin sedikit bias kerana penulis adalah komuniti peminat sejarah peperangan Dunia Kedua. Puluhan produk muzium ketenteraan yang mempamerkan sejarah peperangan yang berlaku di Perancis dibina dengan kekuatannya yang tersendiri di tapak kubu pertahanan pantai yang lebih gah dikenali sebagai Atlantic Wall. Ia saling melengkapi dengan peranan dan penugasan setiap pasukan semasa pertempuran Normandy misalnya. Selain itu, epik pendaratan terbesar Tentera Berikat di Utara Peranchis juga merupakan satu produk pelancongan terbaik menerusi penganjuran Normandy Festive mulai 27 Mei sehingga 11 Jun setiap tahun. Menyaksikan jajaran benteng pertahanan Atlantic Wall yang dibina sepanjang pantai utara Perancis pada tahun 1942 hingga 1944 oleh Tentera Jerman dan melihat secara dekat bagaimana relik dan tapak kubu pertahanan dari sektor pantai Sword, Juno, Gold, Omaha dan Utah yang ditransformasikan kepada sebuah lokasi pelancongan yang berdaya saing adalah satu tanda aras terbaik untuk diikuti.

 

Malaysia juga mempunyai beberapa lokasi kubu pertahanan di pantai barat, pantai timur serta selatan yang dibina pihak British yang memungkinkan formula sama diguna pakai dengan mengikut kesesuaian acuan disini. Maklumlah di Normandy aktiviti luarannya mungkin tidak menjadi masalah kerana cuaca sejuknya berbanding di Malaysia yang agak panas. Penulis percaya ramai di antara kita pernah menonton filem The Longest Day, Saving Private Ryan, Storming Juno dan Band of Brothers, semuanya mengenai D Day Normandy yang memberi kesan rantaian langsung kepada kewujudan tapak-tapak sejarah peperangan sebagai tarikan produk pelancongan.

Semasa di Memorial De Caen, Normandy,  penulis merasa kagum dengan sikap dan semangat masyarakat di sana yang menghormati dan menyanjungi wira-wira mereka, pertama kali memasuki kompleks bangunannya, penulis tertanya dalam hati “Err salah masuk tempat ke ni…?” Bukan apa kerana suasananya dengan pengunjungnya yang ramai, konsep rekabentuknya seolah-olah pelancong berada di sebuah kompleks membeli belah dan bukannya seperti muzium semata-mata.

Penulis juga  berpeluang menyaksikan bagaimana sambutan ulang tahun oleh Skuadron Typhoon dari Royal Air Force (RAF) yang diadakan di Typhoon Memorial di Noyers Bocage. Menariknya, bendera Malaysia berkibar megah dengan iringan lagu NegaraKu bagi memperingati perjuangan dan pengorbanan 151 juruterbang pesawat Typhoon yang terkorban semasa Battle of Normandy termasuk seorang juruterbang dari Malaya iaitu Warrant Officer Henry Conrad Benjamin Talalla dari No.182 Squadron. Selain sambutan di Typhoon Memorial ini, satu acara ringkas juga diadakan di Airan, iaitu lokasi asal pesawat terhempas. Saat ini tidak malu untuk penulis katakan datang perasaan sebak, sedih dan bangga bersimpang siur dalam diri. Sebak kerana kita hanya kehilangan satu wira semasa pertempuran epik Normandy dari keseluruhan jumlah lebih dari 425,000 sama ada terkorban, cedera ataupun missing in action di pihak Berikat dan Jerman namun penghormatan yang diberikan kepada wira Talalla adalah amat menyentuh perasaan. Sedikit sedih kerana ada dikalangan masyarakat kita sendiri memperlekehkan peranan dan sumbangan wira-wira terdahulu. Bangga kerana kewujudan wira-wira sebegini walau di mana ia berjuang, ia merupakan legasi kepahlawanan yang perlu dikekalkan.

Justeru bagaimana Perancis membangunkan tapak pertempuran Perang Dunia Kedua sebagai produk pelancongan utama dan terbaik dunia adalah satu perkara yang tidak boleh disangkalkan! Ia juga seharusnya dijadikan tanda aras sebagai acuan untuk kita turut sama mengeksploitasikannya kerana Tanah Melayu juga memainkan peranan penting apabila Perang Dunia Kedua meletus di rantau Pasifik. Ramai beranggapan Perang Pasifik ini bermula dengan serangan Jepun ke atas Pearl Harbour iaitu pada 7 Dis 1941. Jika dilihat kepada garisan masa Greenwich Meridian Time (GMT), serangan Jepun ini bermula dengan pendaratan pada jam 2.15 pagi Pantai Sabak, Kuala Pak Amat, Kota Bharu, Kelantan dan serangan Pearl Harbour pada jam 3.30 pagi waktu Jepun. Justeru pendaratan dan serangan di Kota Baharu diakui sebagai titik permulaan Perang Pasifik 45 minit sebelum Pearl Harbour. Namun sejauh mana kita mengeksploitasikan nilai-nilai ini termasuk bukti-bukti fizikal yang masih wujud sebagai satu produk yang berdaya saing sebagaimana dilakukan Perancis melalui penganjuran Normandy Festive misalnya? Penganjuran Military Odyssey setiap bulan Ogosdi Kent, United Kingdom yang juga dikenali sebagai Kent Showground merupakan antara produk tarikan pelancongan ketenteraan utama di sana. Penganjuran acara seumpama di Malaysia nescaya mampu memberi suntikan baru jika  dilaksanakan secara penuh kolaborasi antara semua agensi dengan melibatkan kumpulan reenactor seperti Malaysian Reenactors (MyRENACT).

Kawasan Operasi Ketenteraan Dijadikan Sebagai Satu Produk Pelancongan Di Korea Selatan

Penulis juga berkesempatan mengunjungi Korean War Memorial di Yongsan-gu, Seoul, Korea Selatan yang berperanan sebagai institusi mendidik masyarakat mengenai semangat patriotisme melalui aktiviti pemeliharaan dan mempamer sejarah dan warisan ketenteraan Korea Selatan sejak Perang Korea sehingga pemodenannya. Ia boleh dikatakan mirip dengan Australia War Memorial di Canberra yang mempunyai misi dan visi serupa yang mungkin lebih spesifik kerana ia mempunyai peruntukan perundangan khusus seperti Australian War Memorial Act 1980, yang memberinya kedudukan selesa dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan sejarah dan warisan ketenteraan di Australia.

Di Korea Selatan, penulis sebenarnya kagum bagaimana mereka berjaya menjadikan kawasan aktif operasi ketenteraan dan risiko konflik, Demilitarized Zone (DMZ)  sebagai satu produk pelancongan ketenteraan yang mampu menarik pelancong mengunjunginya, termasuk penulis. Salah seorang pelancong dari Amerika Syarikat yang berada dalam kumpulan yang sama dengan penulis bertanya kehairanan “What the Malaysian looking for at DMZ?”. Saya hanya menjawab ringkas “To explore an opportunity in military tourism.” Secara ringkasnya DMZ ini merupakan satu kawasan yang memisahkan Korea Utara dan Korea Selatan sepanjang 250km dan selebar 4km disepanjang sempadan kedua negara. Ia sebagai satu garisan cease-fire yang dibina selepas Perang Korea pada tahun 1953 oleh Korea Utara, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan United Nations. Joint Security Area (JSA) di Panmunjom merupakan satu-satunya kawasan yang menghubungkan Korea Utara dan Korea Selatan sebelum 2007 yang dibuka kepada pelancong dan memerlukan kelulusan khas dengan peraturan yang ketat. JSA ini juga merupakan lokasi military negotiations di antara Korea Utara dan United Nations Command (UNC) dan menjadi antara tarikan utama pelancong di DMZ.

Tidak dinafikan memasuki zon ini penulis melalui beberapa pos pemeriksaan sama ada di pihak Korea Selatan ataupun pihak JSA sendiri, malah semasa di Kuala Lumpur juga turut dihubungi pihak pengurusan UNC bagi pengesahan perkhidmatan sama ada masih berkhidmat dalam angkatan tentera atau sebaliknya. Tidak pernah terfikir bagaimana sebuah kawasan aktif operasi ketenteraan dan risiko konflik yang berjaya melalui proses transformasi sebagai sebuah produk pelancongan tersohor dunia! Menarik bukan?

Usaha Semua Pihak Dalam Pemerkasaan Military Tourism

Melihat bagaimana Perancis, United Kingdom, Australia dan Korea Selatan mungkin terlalu nun jauh di sana, mungkin kita boleh melihat lebih dekat bagaimana negara jiran kita, Singapura yang dahulunya sebahagian dari Malaya membangunkan tapak-tapak bersejarah Perang Dunia Keduanya sebagai produk dan tarikan pelancongan dengan komitmen semua pihak baik National Heritage Board (NHB), sektor korporatnya seperti Fort Canning Park, Sentosa Corporation dan Labrador Park yang sama-sama membangunkan tapak bersejarah yang dibina tentera British semasa Perang Dunia Kedua sebagai produk pelancongan ketenteraan di Singapura. Kesemua lokasi tapak bersejarah Perang Dunia Kedua ini  berjaya dihidupkan semula sebagai salah satu produk terbaik dan menjadi tarikan pelancong di Singapura. Kesemua lokasi kubu pertahanan ini dieksploitasi sepenuhnya demi kepentingan pemeliharaan khazanah warisan ketenteraannya dan sebagai produk pelancongan utama. Penulis pernah membawa delegasi wakil Singapura meliputi NHB dan beberapa NGO diiringi Jabatan Warisan Negara dan Yayasan Warisan Johor ke Kubu Penggerang di Pengelih, Johor. Salah seorang delegasi meluahkan rasa terkilannya kerana tapak bersejarah itu terbiar begitu sahaja dan tidak digunakan sebaiknya. Apa formula mereka? Kalau ada kemahuan nescaya ada jalannya.

Dalam mengeksploitasikan senario ini, peribahasa Melayu mengatakan “jika menebang menuju tangkal, jika melanting menuju tangkai”  mungkin lebih bertepatan dan sesuai dalam mencari resolusi menjadikan military tourism sebagai satu produk berdaya saing negara. Untuk itu mungkin terminologi military tourism ini perlu diperhalusi dan difahami dalam konteks yang lebih meluas. Dalam kontek ini, penulis menulis berkenaan military tourism sebagai satu cabaran baru kepada kita baik di pihak agensi kerajaan mahupun swasta untuk mentransformasikan sumber kekuatan sedia ada sebagai produk berdaya saing bukan sahaja diperingkat domestik malah antarabangsa.

Penulis melihat ini sebagai suatu cabaran baru kerana sebarang usaha pemerkasaan military tourism memerlukan kerjasama semua pihak serta usaha dan tindakan yang konsisten. Ia memerlukan kesediaan untuk melaksanakan komitmen yang diperhalusi secara holistik. Usaha ini juga seharusnya juga tidak bermusim sebaliknya perlu berterusan bagi mewujudkan sustainable value kepada produk yang ingin diwujudkan. “Senang cerita tidak boleh hangat-hangat tahi ayam!”. Untuk itu agensi atau pihak berkaitan perlulah mengenali kekuatan dan kelebihan sesuatu sumber sebelum ditransformkan sebagai produk.

Berbalik kepada kita di Malaysia, satu kajian secara menyeluruh perlu dilakukan oleh pihak yang berkaitan kearah memperkasakan setiap tinggalan tempat bersejarah yang berada di Malaysia ini dapat dijadikan nilai tambah kepada produk pelancongan military tourism ini. Komitmen padu semua pihak di Kementerian, Kerajaan Negeri, sektor korporat termasuk Tour Agency, NGO serta produk sedia ada perlu memberi komitmen berangkai demi mewujudkan sustainable dan survival product senantiasa ada. Sepanjang pengalaman penulis bertugas di Muzium TD, tatkala mengiringi pelawat luar negara mesti ditanya lokasi bersejarah lama termasuk battlefield tour. Ia menggambarkan indikasi kehendak pelancong masa kini  yang menginginkan kelainan selain melawat galeri pameran di muzium. Tidak malu penulis katakan, penulis juga seorang reenactor dan selalu mengikuti program melibatkan reenactment dengan kolaborasi MyRENACT dan masih ingat ketika satu acara di Muzium Negara dan Muzium TD, beberapa pelancong luar negara yang terkejut kerana tidak menyangka terdapat komuniti reenactor di Malaysia seperti mana di barat.

Di sini penulis melihat bagaimana sumber-sumber ini wujud dan mereka ini perlu dilihat sebagai satu peluang yang perlu dibimbing dan diberi sokongan sebagai supplement tool kepada perkembangan dan pemerkasaan military tourism di negara kita. Tidak mustahil jika festival reenactment dijadikan acara tahunan seperti mana yang berlaku saban tahun di Normandy. Selain itu, lokasi tapak bersejarah ini terlebih dahulu perlu dikenal pasti sebelum dibangunkan secara berperingkat. Pihak EMKAY Holding juga merupakan antara sektor korporat yang bersama pihak Kementerian Pertahanan membangunkan produk Galeri Banding dengan menjadikan sebuah kubu pemerhati di Pulau Banding sebagai sebuah galeri yang mempamerkan peranan dan tanggungjawab Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semasa fasa pembinaan Lebuh Raya Timur Barat yang menghubungkan Grik dan Jeli. Ini antara contoh yang wajar diikuti bagi sektor korporat dalam menunjukkan kebersamaan dalam mendukung aspirasi kerajaan melestarikan usaha pemeliharaan sejarah dan warisan ketenteraan sekali gus mewujudkan produk baru dalam military tourism.

Selain itu produk sedia ada juga perlu diperkasakan! Institusi muzium misalnya perlu dilihat sebagai  multiple tools, sebagai institusi memelihara kepentingan sejarah dan warisan ketenteraan, sebagai pusat rujukan berpusat, sebagai institusi yang menginterpretasikan koleksi dan legasi kepahlawanan, sebagai tool gerak saraf institusi ketenteraan, sebagai senjata di waktu aman untuk mendidik masyarakat peri pentingnya memelihara keamanan dan mensyukurinya seperti mana saranan mantan Panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Aziz Zainal agar pucuk pimpinan ATM dan perkhidmatan pada masa ini mencari platform terbaik dalam menjadikan hampir 20 buah institusi muzium/galeri dalam ATM sebagai produk berdaya saing dan kompetan dengan kehendak dan piawai permuziuman.

Ia juga akan memberi ruang kepada proses transformasi pengukuhan produk sedia ada agar dapat diurus dengan lebih baik selain memberi ruang kepada proses pemeliharaan dan pemuliharaan sejarah ketenteraan secara langsung. Ia juga boleh dijadikan sebagai instrumen sokongan kepada kerajaan dalam menyuntik jati diri masyarakat seperti mana dinyatakan oleh Jen Tan Sri Aziz bahawa “…patriotism as a way of life..”. Banyak elemen sejarah ketenteraan negara yang boleh dijadikan sebagai produk pelancongan ketenteraan dan diolah sebagai produk berkepentingan jika wujudnya satu agensi dalam ATM yang bertanggungjawab secara spesifik berkaitan sejarah dan warisannya dan semestinya agensi ini diperuntukkan dengan polisi dan perundangan yang realistik. 

Penutup

Penulis sering tertanya dibenak fikiran soal semangat sayang dan cintakan negara atau patriotisme yang sering membara ketika musim tertentu seperti sambutan kemerdekaan, sambutan tahun baru atau sambutan hari pahlawan misalnya. Fenomena sambutan bermusim seolah-olah sudah sebati dengan kita dengan pengisian pelbagai acara seperti count down pada jam 1200 setiap malam tahun baru dan malam kemerdekaan setiap 31 Ogos saban tahun. Boleh dikatakan semua institusi berkaitan akan mengambil peluang musim ini dengan pengisian signifikan, institusi muzium dengan pamerannya, media dengan pelbagai program dan sisipan khususnya manakala sektor korporat tidak ketinggalan dengan pengisian tersendiri dalam usaha mengajak masyarakat agar menghargainya. Tidak kurang juga ada yang mengambil peluang mencipta polemik tersendiri dengan pelbagai sambutan kreatif. Apa pun kaedah sambutannya haruslah dipuji kerana masih ada semangat dalam diri untuk sayangkan negara walau sekecil mana pun semangat tersebut.

Bagaimana kelaziman bermusim ini boleh ditangani? Bagaimana menjadikan semangat patriotisme itu sentiasa mengalir dalam jiwa rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama dengan menggunakan sumber-sumber sedia ada sebagai pencetus semangat cinta dan sayangkan negara seperti mana Jen (B) Tan Sri Aziz Zainal yang menyatakan bahawa “…patriotism as a way of life..”. Ia menggambarkan semangat cintakan negara perlu senantiasa mengalir dalam jiwa dan tubuh setiap rakyat Malaysia tanpa mengikut musim. Bagaimana mewujudkan senario begitu maka satu mekanisme yang konsisten dan sustainable memerlukan semua pihak berkaitan duduk semeja dengan dan mencari pendekatan terbaik dalam semua segi. Ia tidak boleh one man show atau agensi tertentu sahaja sebaliknya kesepakatan pelbagai agensi diperlukan dalam melestarikannya.

Negara kita juga kaya dengan pelbagai sumber sejarah dan warisan ketenteraan yang memerlukan lebih komitmen dan kesediaan kita untuk melakukan perubahan terbaik, kita perlu berkomuniti dalam pemikiran strateginya selain semestinya pemikiran di luar kotak seperti saranan YAB Perdana Menteri sewaktu ucapan perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri yang menggesa kakitangan awam supaya “berfikir di luar kotak” untuk membantu meningkatkan produktiviti dalam kerajaan.

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online