Bersama PemimpinSemasa

Kunjungan Hormat Gen Chalermchai Sitthisad Ke atas PTD

KUALA LUMPUR: Commander-In-Chief Royal Thai Army, Gen Chalermchai Sitthisad melakukan Kunjungan Hormat ke atas Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia  bertempat di Wisma Pertahanan pada 4 Apr 2017.

Sebaik sahaja tiba di Perkarangan Wisma Pertahanan, Gen Chalermchai Sitthisad disambut oleh PTD lalu menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) terdiri daripada 3 pegawai serta 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP)  diketuai oleh Mej Azlan Shah Baharum.

Selesai acara KKU, beliau dibawa ke Pejabat PTD bagi seisi Kunjungan Hormat dan seterusnya PTD mengiringi beliau bertemu Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Wira Mohd Johari Baharum.

Kunjungan selama dua hari  dari 4 hingga 5 Apr 2017 ini, merupakan siri lawatan rasmi beliau ke Malaysia dalam mengukuhkan hubungan kerjasama ketenteraan yang sedia terjalin antara Royal Thai Army dan Tentera Darat Malaysia khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya.

Turut hadir Pegawai-pegawai Kanan dari Markas Tentera Darat.

 

Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]Gambar-gambar di Galeri Foto[/box]

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online