KUALA LUMPUR: Seramai 266 pegawai dan 227 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikurniakan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Malaysia dalam Istiadat Pengurniaan DKAT Malaysia Sesi Kedua Tahun 2016 yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussein di Dewan Perkasa Wisma Perwira ATM pada 10 Apr 2017.
DKAT dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku sebaik ketibaan MENHAN ke Dewan Perkasa lalu istiadat pengurniaan dimulakan dengan pengurniaan pingat terdiri dari Pingat Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT), Panglima Angkatan Tentera (PAT), Kesatria Angkatan Tentera (KAT) dan Bentara Angkatan Tentera (BAT).
Pada masa yang sama dua pegawai tentera asing turut dikurniakan DKAT iaitu Pingat PAT Kehormat dan KAT Kehormat.
Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima ketiga-tiga perkhidmatan Darat, Laut dan Udara