Bersama PemimpinSemasaSukan

KJLJD Teguh Mempertahankan Kejuaraan

NEGERI SEMBILAN: Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD) mengulangi kejayaan mengungguli Kejohanan Ragbi Antara Kor Rejimen Tentera Darat (TD) setelah menumpaskan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dengan kutipan mata lima (5) berbalas kosong (0) dalam perlawanan akhir yang diadakan di Padang Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) pada 12 Mei 2023.

Kejohanan ini yang berlangsung selama empat hari menyaksikan kategori Plate dijuarai oleh Rejimen Renjer Diraja (RRD) manakala kategori Cup dimenangi oleh KJLJD sekaligus menjadikan KJLJD sebagai juara keseluruhan kejohanan bagi tahun ini.

Anugerah Pemain Terbaik diberikan kepada Kfn Wan Muhammad Fikri Wan Saiful Nizam (KJLJD) yang disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Muhammad Hafizuddeain Jantan ketika merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah.

Turut hadir, Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Marzuki Hj Mokhtar dan pegawai-pegawai kanan TD.

Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online