KEDAH: Seramai 52 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terdiri dari pasukan dibawah naungan Markas Briged Keenam Infantri Malaysia (MK 6 Bgd) menghadiri Kursus Penjaga Stor Senjata dan Peluru Siri PSSP (DEC)/07/2017 anjuran Cawangan Risik MK 6 Bgd di Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD) selama lima hari bermula dari 22 hingga 26 Mei 2017.
Tujuan kursus tersebut adalah bagi memberi pendedahan tentang peranan penjaga stor senjata dan membantu peserta memahami aspek keselamatan dan pengurusan stor senjata di samping penguatkuasaan peraturan keselamatan dalam pengurusan stor senjata.
Majlis penutup kursus disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 6 RAMD.