Home Pertahanan dan Keselamatan Kawalan sempadan dipertingkat bendung penularan COVID-19 oleh pendatang asing

Kawalan sempadan dipertingkat bendung penularan COVID-19 oleh pendatang asing

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 14 Apr – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berganding bahu melaksanakan rondaan bersama di sempadan Sarawak-Kalimantan bagi membendung pencerobohan pendatang asing yang boleh membawa penularan wabak COVID-19

Markas Angkatan Tentera Malaysia (Markas ATM) hari ini berkata, penglibatan ATM dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan sahaja terhad kepada kawalan di Sekatan Jalan Raya tetapi turut melibatkan pengukuhan kawalan sempadan darat dan maritim.

“PKP yang dilanjutkan sehingga Fasa Ke-3 bermula 15 hingga 28 April 2020 bukan hanya melibatkan kawalan di Sekatan Jalan Raya (SJR) malah turut melibatkan kawalan persempadanan daratan dan perairan diperkukuhkan,

“Operasi kawalan persempadanan oleh ATM-PDRM ini juga adalah bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 sekiranya dibolosi oleh Pendatang Tanpa Izin (PATI),” kata Markas ATM di lama sosial rasminya.

Tambahnya, kerjasama ini dapat membendung rantaian penyebaran wabak ini dari terus menular di samping memperkukuhkan lagi keselamatan dan kedaulatan negara. – AirTimes

Related Articles

Leave a Reply