Semasa

LAWATAN ULUNG KOMANDAN KOREM 121/ABW DI POS GABUNGAN MALINDO

SARAWAK: Rejimen Ke-4 Kor Armor Diraja (4 KAD) yang sedang beroperasi di dalam kawasan Op Awas dan Keris Parang Siri 2/2017 telah menerima lawatan ulung dari Komandan KOREM 121/ABW Kolonel Infantri Bambang Ismawan beserta rombongan yang berkekuatan seramai 5 pegawai dan 6 anggota pada 10 Jun 2017.

Kolonel Infantri Bambang Ismawan baru sahaja menjawat jawatan Komandan KOREM 121/ABW pada 30 Mei 2017 mengantikan Brigedier Jeneral Widodo Iryansyah.

Rombongan telah disambut oleh Brig Jen Mohd Bustaman bin Hj Mat Zin, Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Bgd) dan Leftenan Kolonel Mohd Nizam bin Hj Masri, Pegawai Memerintah 4 KAD. Lawatan singkat selama hampir dua jam itu bertujuan untuk melawat anggota TNI yang bertugas di Pos Gabungan tersebut disamping mengekalkan hubungan bilateral sejak sekian lama antara 3 Bgd dan KOREM 121/ABW.

Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Panglima 3 Bgd yang menyampaikan ucapan aluan dan seterusnya menerangkan gambaran am berkenaan operasi yang dilaksanakan oleh TDM di kawasan sempadan Malaysia dan Indonesia. Lawatan ini dilihat memberi gambaran hubungan erat antara Tentera Darat Malaysia dengan Tentera Negara Indonesia (TNI) yang beroperasi dikawasan persempadanan disamping memupuk semangat setiakawan antara kedua negara.

Turut hadir adalah Leftenan Kolonel Dody Dharmawan Basyarie, Liaison Officer (ILO) Indonesia di Kuching.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online