JOHOR: Pegawai Memerintah 5 RAMD, Lt Kol Johan Effendi Hj Mohd Shalleh telah mewakili Panglima 7 Briged menghadiri Majlis Penyampaian Bungkusan Hari Raya kepada pesakit-pesakit di Hospital Enche Besar Hajah Khalsom (HEBHK) Peringkat Daerah Kluang pada 21 Jun 2017.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pegawai Daerah Kluang, Hj Mohd Noh Ibrahim, Pegawai Kesihatan Daerah Kluang dan pegawai-pegawai daripada agensi-agensi kerajaan yang lain sekitar Kluang, Johor.