SemasaTrup TD

Tachtlon Akhiri Program Orientasi Pegawai Muda

MELAKA: Majlis Penutup Program Orientasi Pegawai Muda Graduan Inf 2017 telah disempurnakan oleh Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim di DZ Semalu, MK 10 Bgd (Para), Kem Terendak pada 19 Jan 2018.

Upacara penutup memberi sedikit kelainan apabila dimulakan dengan cabaran Litar Tachtlon di antara 32 Pegawai Muda Kor Infantri yang terlibat dimana semua peserta telah merentasi halangan binaan dan semulajadi sejauh 2.4 kilometer yang terdapat di sepanjang Litar Tacthlon, 10 Bgd (Para) dan seterusnya berlari 1.2 km ke garisan penamat.

Program orientasi yang telah bermula pada 9 hingga 21 Jan 2018 telah memberi pendedahan secara teori dan praktikal berkaitan tugas dan peranan sebagai Ketua Platun apabila kembali ke pasukan nanti disamping itu, ketahanan fizikal dan mental yang tinggi dibentuk bagi memastikan kriteria sebagai seorang Pegawai Muda dipenuhi.

Panglima 10 Bgd (Para) berhasrat agar kesemua Pegawai Muda dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan baik dan terus sentiasa berazam untuk maju dalam Tentera Darat.

Selain itu, beliau juga menasihatkan agar mereka sentiasa menunjukkan role model yang terbaik kepada anggota lain dalam memastikan tahap disiplin, kecerdasan, kecergasan dan ilmu pengetahuan sentiasa di tahap yang tinggi.

Gambar: Sjn Shahrul Nizam

Artikel Berkaitan

Back to top button