Semasa

Perbarisan Penyampaian Sijil Penghargaan dan “13th Warrior Of Honour” Dagger

SARAWAK: Panglima 3 Bgd, Brig Jen Mohd Bustaman Hj Mat Zin telah menyempurnakan majlis penyampaian Sijil Penghargaan dan “13th Warrior of Honour” Dagger kepada 1 pegawai dan 16 Lain-Lain Pangkat di hadapan Markas 3 Briged pada 8 Jul 2017.

Penerima penghargaan ini disampaikan berikutan siri-siri kejayaan pasukan Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (13 RAMD) semasa Operasi AWAS dan Keris Parang Siri 1/2017 dimana antara kejayaan yang telah disumbangkan dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan sempadan Sarawak/Kalimantan Barat adalah Rampasan Penyeludupan Barangan Bersubsidi, Penahanan Penyeludupan Mercun, Penahanan Kenderaan Curi dan Penahanan Penyeludupan Haiwan Dilindungi (Burung Murai).

Dalam ucapan Panglima 3 Bgd, beliau mengucapkan tahniah dan syabas serta turut menyatakan rasa berbangga atas kejayaan yang dicapai oleh pasukan 13 RAMD serta setiap anggota dipasukan perlu sentiasa menjaga nama baik pasukan.

Turut hadir Pegawai Memerintah 13 RAMD, Lt Kol Ismahizan Ishak, Ketua Staf Markas 3 Bgd Lt Kol Ilyas Hanafi dan Pegawai Staf Markas 3 Bgd.

[jaw_gallery gallery=”11370,11368,11369,11372,11371,11367,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online