JOHOR: Seramai 210 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan di bawah naungan Markas Briged Ke-10 Infantri Malaysia (Para) terlibat dalam Latihan Lanjutan Penerjunan Statik di Simpang Renggam pada 27 Jul 2017.
Latihan yang menggunakan pesawat C 130 Hercules dari pasukan 14 Skuardron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ini merupakan siri latihan lanjutan penerjunan statik yang bertujuan memastikan status Para Readiness di kalangan pegawai dan anggota 10 Bgd (Para) sentiasa di tahap yang tertinggi.
Selain itu latihan ini juga dapat memberi keyakinan serta kemantapan kepada warga 10 Bgd Para yang mana pasukan ini merupakan pasukan elit Tentera Darat.
[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]
[jaw_gallery gallery=”11759,11761,11760,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]