Bersama PemimpinMK TDSemasa

Bengkel Sistem Logistik (SISLOG) Tentera Darat

KUALA LUMPUR: Seramai 70 pegawai dari perkhidmatan Tentera Darat (TD) menghadiri  Bengkel Sistem Logistik (SISLOG) anjuran bersama Pusat Teknologi Maklumat Tentera Darat (PUSTEKMA), Cawangan Logistik Markas Tentera Darat dan Markas Logistik TD di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM bermula 9 hingga 11 Ogos 2017.

Terdahulu  Kol Ahmad Saifuddin Talha Pengarah PUSTEKMA memberi taklimat dan penerangan kepada Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, berkenaan tujuan dan objektif pelaksanaan Bengkel SISLOG iaitu untuk membincangkan dan memahami proses pengurusan logistik yang dipraktikkan TD secara holistik serta memenuhi keperluan pembangunan sistem logistik bersepadu bagi memenuhi keperluan Pucuk Pimpinan TD dan Pengurusan Logistik TD umumnya selain berupaya menilai status sistem sedia ada bagi pembangunan SISLOG TD agar lebih efisien, praktikal dan ekonomi.

Bengkel tersebut ditamatkan dengan Upacara Majlis Penutup Bengkel SISLOG TD, disempurnakan oleh TPTD disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan TD.

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online