RencanaSejarah

Hari Kebangsaan Ke-60 Satukan Rakyat Malaysia

[dropcap]A[/dropcap]pakah yang dimaksudkan dengan erti kedaulatan dan kemerdekaan? Ianya adalah sesuatu yang subjektif dan pastinya setiap daripada kita mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza-beza. Ramai daripada kita merupakan generasi yang dilahirkan di negara yang sudahpun mengecapi kemerdekaan yang mana kemerdekaan di sini adalah bermaksud sebuah negara yang bebas dari penjajahan, baik dari segi fizikal mahupun psikologikal manakala kedaulatannya pula ialah anasir luar tidak boleh sesuka hati membuat onar di negara kita yang berdaulat. Maksud lain ialah kita boleh membuat keputusan dan pilihan tanpa pengaruh atau diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Kemerdekaan membolehkan kita merancang dan membangunkan negara di bidang sosio ekonomi, politik dan ketenteraan mengikut acuan sendiri. Sepanjang tempoh 60 tahun Malaysia merdeka, negara telah banyak berubah daripada sebuah negara yang struktur geografinya terhadap kepada Semenanjung Tanah Melayu sahaja, kita telah bergabung dengan penyertaan secara sukarela Sarawak dan Sabah.

Generasi hari ini atau lebih tepat lagi generasi pasca merdeka, sewajarnya bersyukur dengan nikmat kemerdekaan, keamanan dan keharmonian yang kita kecapi sejak 1957. Mereka sewajarnya menghargai jasa generasi terdahulu yang telah memerah keringat berjuang untuk mendapatkan kebebasan dan memberikan nikmat kemerdekaan yang penuh dengan kedaulatan. Kita semua sedia maklum bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya yang mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu, perpaduan antara kaum amat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan, tanpa berlandaskan perpaduan, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman yang boleh menyebabkan kedaulatan negara terjejas sehingga berlaku huru-hara, rusuhan, demonstrasi dan sebagainya. Walaupun negara pernah dijajah oleh kuasa Barat dan Jepun selama lebih empat abad, namun pada hari ini Malaysia mampu berdiri sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Kemerdekaan dicapai selepas wujudnya semangat bersatu padu yang kukuh dalam pelbagai etnik walaupun menganuti pelbagai agama, budaya dan kepercayaan. Semangat inilah yang memupuk kesepakatan dan akhirnya melahirkan keharmonian dalam hidup bermasyarakat, sama ada di desa atau bandar sehingga ia menjadi asas bagi parti Perikatan meneruskan perbincangan bagi mendapatkan kemerdekaan dari British. Kerjasama antara kaum menjadi asas perjuangan kemerdekaan kerana masyarakat dunia, malah rakyat negara ini  sendiri ketika itu tidak yakin Malaysia boleh kekal aman dengan struktur masyarakat majmuk. Sejak abad ke-19, semangat nasionalisme wujud di Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu) dan pada abad ke-20, memperlihatkan lebih ramai pejuang kemerdekaan muncul di seluruh tanah air. Semangat kebangsaan ini sedikit demi sedikit menular ke segenap pelosok negara. Justeru, setahun selepas Jepun menyerah kalah pada Perang Dunia Kedua, muncul Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malays National Organisation (UMNO) dipimpin Datuk Onn Jaafar.

UMNO adalah hasil perpaduan bangsa Melayu. Rakyat bersama institusi kesultanan Melayu menentang rancangan Malayan Union yang direncanakan British untuk menghapuskan tradisi, termasuk sistem politik pentadbiran dan adat resam serta sistem kerajaan semua negeri. Perjuangan ke arah kemerdekaan bukan perjuangan orang Melayu semata-mata. Walaupun orang melayu menguasai kepimpinan politik, pemimpin melayu sedar struktur masyarakat Tanah Melayu diibaratkan seperti aur dengan tebing. Mereka sedar, perjuangan kemerdekaan tanpa penyertaan kaum lain tidak akan berhasil. Mereka dapat melihat dalam jangka masa panjang Tanah Melayu mesti ditadbir anak tempatan di bawah satu payung politik yang teguh dan kukuh. Pada Jan 1956, Tunku Abdul Rahman (yang mengambil alih kepimpinan UMNO pada 1951) mengetuai satu rombongan mengandungi empat wakil daripada parti Perikatan dan empat wakil daripada Majlis Raja-Raja ke London membincangkan kemerdekaan. Selepas tiga minggu mengadakan rundingan, pada 8 Feb Tunku menandatangani Perjanjian Kemerdekaan London. Kerjaaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos tahun berikutnya iaitu pada tahun 1957.

Tunku dan rombongannya kembali ke tanah air dan menyampaikan berita gembira itu kepada orang ramai pada satu perhimpunan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka iaitu bandar yang menyaksikan banyak penjajah datang dan pergi. Berita ini disambut gembira semua penduduk dan pada detik 12 malam 31 Ogos 1957, menyaksikan perjuangan menuntut kemerdekaan akhirnya membuahkan hasil dan membuktikan impian menjadi kenyataan. Di Padang Kelab Selangor, yang kini dikenali sebagai Dataran Merdeka, bendera Union Jack diturunkan buat kali terakhir di bumi Tanah Melayu, manakala bendera Tanah Melayu dinaikkan dengan penuh rasa syukur dan gembira. Kemerdekaan diisytiharkan secara rasmi oleh Tunku di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada keesokannya dengan disaksikan ribuan rakyat, Raja-Raja Melayu, Duke of Gloucester yang mewakili Ratu Elizabeth serta wakil kerajaan British. Inilah detik terpenting dalam sejara tanah air, berakhirnya era penjajahan yang bertapak di negara ini sejak tahun 1511. Hakikatnya, walaupun tanpa pertumpahan darah seperti di negara lain, bukan suatu yang mudah untuk mecapai kemerdekaan. Tanpa usaha serta kegigihan pemimpin dahulu dan kerjasama semua kaum ketika itu, mungkin kita tidak dapat mengecapi nikmat kemerdekaan.

Hari ini ribuan rakyat dari pelbagai bangsa dan agama hadir bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 yang bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa bersesuaian dengan semangat serta rasa cinta terhadap negara yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia serta turut dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V yang berkenan mencemar duli berangkat ke Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2017. Sejurus keberangkatan tiba, Seri Paduka Baginda menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) seterusnya diikuti acara menaikkan Jalur Gemilang dan diiringi nyanyian lagu kebangsaan Negaraku serta disusuli dengan 14 das tembakan meriam oleh 41 Bateri Istiadat Rejimen Artileri Diraja (RAD).

Sambutan merdeka pada kali ini amat berlainan dari tahun-tahun sebelum ini dimana Dataran Merdeka telah dibawa kembali pada persekitaran tahun 1957 yang seakan-akan seperti dalam Stadium Merdeka dan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak melaungkan ungkapan keramat laungan merdeka serta turut memilih gaya pemakaian seperti Bapa Kemerdekaan yang juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Landskap Dataran Merdeka turut diubah suai seolah-olah mengembalikan suasana 60 tahun lalu bagi mengimbau nostalgia sambutan Hari Kemerdekaan pada tarikh  keramat 31 Ogos 1957 yang mana pada waktu itu Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan dan menjadi negara berdaulat dan bebas daripada penjajahan serta pentadbiran British.

Majlis sambutan penuh gilang-gemilang itu dijayakan 18,076 peserta termasuk gabungan 400 peserta kumpulan pancaragam terbesar yang mengiringi setiap acara persembahan berterusan selama empat jam terdiri daripada 11 agensi unit beruniform antaranya kontinjen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada 3300 anggota tampil dengan pakaian seragam mengikut era bersama aset terbaharu keretaperisai mobiliti tinggi yang dikenali sebagai Lipan Bara. Terdahulu dari itu persembahan kawad formasi dari ATM yang melibatkan 1000 anggota berjaya memukau perhatian penonton yang hadir dengan pelbagai bentuk formasi berkenaan kemerdekaan serta acara perbarisan  dan perarakan turut menampilkan 10 segmen utama daripada komponen kenegaraan, perkhidmatan awam, ekonomi, animasi, sukan, jati diri, ketenteraman awam, keselamatan negara, pertunjukan udara dan segmen rakyat bersepadu. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Kemerdekaan 2017, Datuk Seri Salleh Said Keruak, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammudin  Tun Hussein dan menteri-menteri kabinet.

Menjadi kelaziman, setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan pasti ada tema dan logo yang dipilih.  Tema Hari Kebangsaan  mula diperkenalkan pada tahun 1970 iaitu setelah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 manakala logo mula diperkenal secara rasmi pada tahun 1976 dan rakyat diberi penghormatan  untuk mereka bentuk logo yang bersamaan dengan tema pada setiap tahun bagi tujuan memberi perasaan kecintaan kepada negara. Kemerdekaan ke-60 ini penuh bermakna apabila konsep Tema Hari Kebangsaan 2017 pada tahun ini iaitu Negaraku Sehati Sejiwa menggambarkan keutuhan, perpaduan, kesefahaman, bersatu dalam menempuh saat kejayaan dan detik kesusahan seluruh rakyat negara ini. Rakyat Malaysia dituntut supaya taat setia tanpa berbelah bahagi, jiwa raga dan kesetiaan hanya kepada tanah air tercinta. Tanpa rasa curiga apatah lagi mewujudkan onak duri dalam usaha untuk memporakperandakan negara. Lebih malang lagi jika wujud tindakan cuba menggulingkan negara, ternyata mengundang kemusnahan dan ketidaktenteraman dalam kalangan warga di tanah air tercinta. Jika kita mengamati bait-bait lirik Hari Kebangsaan 2017 ternyata lagu ini menyuntik semangat dan roh perjuangan rakyat Malaysia. Lirik ini mengajak kita agar memantap jiwa lebih tabah dan kental menempuh segala rintangan dan dugaan yang menimpa negara ini. Selain itu ianya jelas menyeru agar rakyat Malaysia sehati sejiwa tanpa curiga, memantap perpaduan demi kesejahteraan bersama. Malah jarak antara negeri-negeri Borneo, iaitu Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung bukanlah pemisah dan penghalang ke arah keutuhan bersama

Perayaan Hari Kebangsaan 2017 bukan sekadar retorika semata-mata kerana tema kali ini mengajar rakyat Malaysia agar dapat membina semangat sehati sejiwa di mana jua kita berada. Sehati sejiwa turut membawa maksud budaya seluruh rakyat Malaysia yang berganding bahu dan bekerjasama serta bersatu dalam apa juga kejayaan dan rintangan yang berlaku di negara tercinta Malaysia. Walaupun berbeza adat resam, kepercayaan dan budaya, namun bukan faktor untuk kita berselisihan. Masyarakat yang berjiwa merdeka meletakkan kepentingan umum lebih utama daripada kepentingan sendiri. Walaupun kita berbeza budaya, tapi kita masih mampu mencari titik pertemuan demi perpaduan dan kelangsungan bangsa Malaysia.

Jelasnya, dari satu titik ke satu titik, generasi muda kini perlu insaf dalam arus ledakan era globalisasi dan mereka perlu mempunyai ketahanan mental bagi menghadapi cabran yang membabitkan penjajahan minda oleh pengaruh asing. Rakyat juga perlu melengkapkan diri agar lebih kompetitif dan dinamik dalam menghadapi cabaran serta keadaan semasa dunia. Sambutan kemerdekaan pada kali ini diharap dapat memberi gambaran kepada generasi baharu yang tidak pernah merasai perjuangan menuntut kemerdekaan, menghirup serta mengembalikan semangat patriotisme tersebut dan janganlah kita termasuk di dalam kalangan orang yang membuat pertimbangan yang salah tentang kemerdekaan kerana kemerdekaan yang sebenar bukanlah dari zahirnya sahaja tetapi jiwa serta raga kita dan kerajaan kini telah menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat agar rakyat kini lebih hidup senang daripada dahulu.

Artikel Berkaitan

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online