RencanaSudut Inspirasi

Usaha Dorong Kejayaan

Kejayaan dan kecemerlangan sekiranya tidak diiringi dengan pengalaman, tekad jati diri, usaha, modal serta minat yang bersungguh-sungguh pasti tidak akan menampakkan hasilnya. Kejayaan bukan datang bergolek, bahkan ia mesti disusuli dengan iltizam yang tinggi demi mencapai cita-cita yang disasarkan. Perkara ini jelas terbukti apabila seorang bekas tentera mampu bersaing dan berdiri sama tinggi sebaris dengan usahawan-usahawan yang berjaya pada masa kini. Oleh itu, ikuti wawancara khas Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM), Pbt Ainur Aisyah Yahaya dan jurugambar Sjn Vijay Gaundar Arikrishnan menemubual Kpl (B) Abd Rashid Mahmud, 55, yang merupakan salah seorang pesara tentera yang kini telah berjaya menguruskan kedai makan dan memberikan perkhidmatan katering setelah meninggalkan dunia ketenteraan.

_MG_8877

Anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini sememangnya di usia remaja begitu meminati bidang ketenteraan sehinggakan membuat satu pilihan yang menjadi titik corak perubahan dalam hidupnya dengan menjadikan bidang ketenteraan sebagai kerjaya pilihan. Pada sekitar Okt 1979, berbekalkan minat, semangat dan kecekalan beliau mula menjalani latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di Port Dickson selama enam bulan untuk membentuk diri dengan asas ketenteraan.

Selepas tamat latihan asas, pada tahun 1980, beliau kemudiannya melapor ke Batalion Kelapan Rejimen Ranjer Diraja (8 RRD) ketika itu bertempat di Ipoh Perak sebagai anggota repal dan beliau telah bersara dalam pasukan yang sama, pada ketika itu bertempat di Kem Terendak, Melaka semasa berpangkat Kpl.

             135

Menyentuh sedikit sebanyak sikap peribadi Kpl (B) Abd Rashid, secara zahirnya beliau kelihatan seperti seorang yang pendiam namun jangkaan wartawan BTDM jelas sama sekali meleset kerana beliau merupakan seorang peramah dan ringan mulut. Beliau juga merupakan seorang berfikiran jauh dan sentiasa bersikap rendah diri dengan orang disekeliling beliau. Sikap beliau ini, ternyata disenangi dan disukai oleh semua pihak yang berada disampingnya

Menceritakan detik awal permulaan beliau sebagai usahawan perniagaan, minatnya mulai timbul apabila beliau mengisi masa lapang selepas persaraan dengan berniaga secara kecil-kecilan. Ekoran daripada itu, beliau telah mula untuk berkecimpung dengan lebih serius dalam dunia perniagaan dengan berbekalkan segala pengalaman dan amalan yang diperolehi semasa berada di dalam dunia ketenteraan juga semasa beliau berniaga secara kecil-kecilan dahulu. Berpegang kepada prinsip “bukan senang untuk senang, bukan susah untuk susah” beliau cekal menghadapi segala pahit getir dan dugaan yang menimpa demi mencari sesuap rezeki untuk menyara keluarga. Berkat dari doa dan kesabaran beliau, sekitar tahun 2000 akhirnya sebuah kedai makan berjaya didirikan dengan hasil usaha dan bermodalkan wang simpanan beliau ketika berkhidmat di bawah ATM.

“Di awal perniagaan, saya terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk mendapatkan kualiti yang baik agar dapat memuaskan hati pelanggan yang datang menjamu selera di kedai saya. Ramai rakan-rakan yang memberi semangat kepada saya dan tidak kurang juga yang ingin menjatuhkan saya, tetapi berkat usaha disertai dengan sokongan dan dorongan isteri, syukur perniagaan saya terus kekal hingga ke hari ini” ujarnya.

Perniagaan beliau kini merangkumi sebuah restoran, perkhidmatan katering dan seliaan kontrak. Perkhidmatan katering yang diusahakan beliau adalah berkonsepkan membantu pelanggan iaitu memberikan kadar harga mampu disewa dan berpatutan kepada semua pelanggannya. Restoran yang menjadi kebanggaan beliau, Redailah Enterprise beroperasi di sekitar kawasan Masjid Tanah, Melaka sememangnya menjadi tumpuan ramai. Meskipun perniagaannya kini telah maju, beliau tetap bertekad untuk memperkembangkan perniagaannya ke tahap lebih tinggi terutamanya perniagaan katering, untuk dijadikan sebagai perniagaan keluarga dan kelak diwarisi anak-anak serta keturunannya pada masa akan datang. Selain daripada itu juga, beliau turut berkerja secara sambilan sebagai pemandu bas sekolah dan mengusahakan projek ladang sawit di Kuala Lipis, Pahang.

Kini hampir 15 tahun perniagaannya beroperasi. Sepanjang muasir ini, beliau mempunyai prinsip tersendiri untuk terus maju ke hadapan dan menjadi usahawan yang berjaya. Banyak perkara yang telah beliau tempuhi dan beliau tidak keseorangan menghadapi segala dugaan tersebut. Di setiap kejayaan seorang lelaki, pasti ada seorang insan bergelar wanita di belakangnya. Rokiah Hassan, bukan sahaja merupakan seorang isteri dan ibu kepada lima orang cahaya mata, malah beliau adalah rakan kongsi, pembantu, penasihat dan segalanya buat Kpl (B) Abd Rashid dalam mencapai apa yang diperolehi kini. Oleh dorongan tersebut, hari demi hari beliau memberi tumpuan sepenuhnya pada perniagaan dengan keazaman dan iltizam yang kental, untuk mengubah nasib diri dan keluarga.

“Dan jangan sesekali kita lupa pada yang maha Esa kerana dari-Nya rezeki itu datang dan jika kita tidak berusaha kita tidak akan dapat menikmati kesenangan serta ketenangan yang dicari,” jelas beliau ketika mengakhiri perbualan.

Tambah beliau lagi, kepada bakal-bakal pesara disarankan agar berani  mengambil langkah untuk mencuba sesuatu yang baru dan yakin pada diri sendiri dalam membuat sesuatu keputusan. Yakinlah sedikit sebanyak pengalaman yang diperolehi dalam dunia ketenteraan pasti akan membantu dalam membuat keputusan yang tepat dalam sesuatu perkara. Pengalaman yang bermakna ini tidak semua orang dapat perolehi dan oleh sedemikian, gunakanlah ia dengan sebaik-baik mungkin.

Pengajaran yang boleh diadaptasi daripada kisah Kpl (B) Abd Rashid Mahmud ialah sesuatu kejayaan tidak boleh dicapai tanpa usaha. Meskipun dunia ketenteraan dan dunia masyarakat awam terlalu banyak perbezaannya, namun ia bukanlah satu halangan untuk menggapai cita-cita dan kejayaan. Jangan terburu-buru atau ghairah untu k mengejar kekayaan hingga tergelincir dari landasan sebenar hingga merugikan diri sendiri.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online