MELAKA: Acara Sambutan Wira Sukan SEA 2017 telah dilaksanakan di Kem Sg Udang, Melaka bersempena kepulangan anggota Gerak Khas yang telah mengharumkan nama negara di dalam acara Marathon pada Sukan SEA yang lepas pada 6 Sep 2017. 1141550 Sjn Muhaizar Mohamad dari Rejimen 21 Komando telah berjaya menamatkan kemarau pingat di dalam acara Marathon dengan meraih pingat gangsa untuk Malaysia selepas 44 tahun. Acara telah dirasmikan oleh Pegawai Memerintah 21 Komando, Kol Mohd Fouzi Sulaiman dan turut disertai oleh seluruh warga rejimen tersebut.
Acara dimulai dengan menunggu kepulangan anggota ke pasukan seterusnya diarak mengelilingi Kem Sungai Udang oleh Pegawai Memerintah dan warga rejimen ini serta jamuan ringan meraikan anggota.
Kol Mohd Fouzi Sulaiman turut berucap melahirkan rasa bangga beliau di atas kejayaan Sjn Muhaizar Mohamad yang telah mengharumkan nama negara di dalam acara sukan yang berprestij itu sekaligus mengharumkan nama rejimen ini di dalam usaha ke arah pembentukan atlet-atlet sukan lasak bagi mewakili negara.
Sememangnya Rejimen 21 Komando adalah Pusat Kecemerlangan Atlet Sukan Lasak Tentera Darat dan ini telah membuktikan keupayaan pasukan mendokong usaha bagi melahirkan atlet-atlet Tentera Darat yang bersemangat waja dan tidak kenal menyerah.
[jaw_gallery gallery=”12715,12713,12714,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]