JOHOR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim dianugerahkan Beret Hijau Kehormat yang disempurnakan oleh Pengerusi Gerak Khas, Mej Jen Datuk Zolkopli Hashim serta disaksikan Kol Komandan Gerak Khas Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar semasa Perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas (RGK) Ke-52 di Padang Kawad Markas 21 Grup Gerak Khas pada 21 Sep 2017.
Penganugerahan tersebut merupakan penghargaan tertinggi warga GGK kepada PTD yang merupakan pemerintah tertinggi TD dengan perkenan Sultan Johor berdasarkan ketokohan, kewibawaan dan kecemerlangan memimpin TD yang mana Beret Hijau melambangkan keagungan, keperwiraan dan mutu keberanian yang tinggi nilainya selain ia merupakan lambang pengorbanan serta profesionalisme bagi setiap wira yang memakainya.
Turut hadir Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim, Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussein, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan vateran komando.
Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan