SemasaTrup TD

Para’s 25 km Challenge Uji Tahap Kecergasan dan Kelasakan Warga 10 Bgd (Para)

Melaka: Pada 26 Okt 17, 10 Bgd (Para) telah menganjurkan Para’s 25 km Challenge sempena sambutan Hari Ulang Tahun 10 Bgd (Para) ke 23. Laluan larian adalah di sekitar Kem Terendak, Kampung Pangkalan Balak dan Pantai Tanjung Bidara sejauh 25 km dengan penglibatan 1357 warga yang terdiri daripada pegawai dan anggota, kakitangan awam serta ahli BAKAT.

Terdapat 4 Kategori yang dipertandingkan dalam Larian Half Marathon ini iaitu kategori Lelaki 1(18 – 30 Tahun), Lelaki 2 (31- 40 Tahun), Lelaki 3 (41 Tahun ke atas) dan Terbuka Wanita/BAKAT.

Dalam ucapannya Panglima menyeru agar gaya hidup sihat dijadikan amalan dan bukan secara bermusim. Di samping itu, platform ini dapat memupuk semangat kesukanan dan semangat persaingan yang sihat. Ia juga dapat dijadikan penanda aras kecergasan dan kelasakan individu.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima 10 Bgd (Para) kepada pemenang. Catatan terbaik larian yang direkodkan ialah 1160278 Kpl Rusnizam bin Rosli dari 17 RAMD Para dengan catatan masa 1 jam 40 minit dan 10 saat.

[srizonfbalbum id=31]

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button