PERAK: Eksesais Pasak Bumi Gabungan Briged Ke-11 Infantri Malaysia (11 Bgd) Siri 1/2017 telah dilaksanakan di sekitar Kawasan Am Tanjung Malim hingga ke Ulu Slim sejauh 25km dari 23 hingga 27 Okt 2017.
Eksesais ini bertujuan untuk meningkatkan kesiagaan serta menguji tahap kecekapan Pasukan Bantuan Tempur dan Khidmat Naungan 11 Bgd di dalam kemahiran Pandu Arah, Disiplin Medan dan Ilmu Medan Perang (IMP).
Seramai sembilan pegawai dan 138 anggota Lain-Lain Pangkat dari pasukan Markas dan Kem 11 Bgd, 25 RAMD, 11 SSD, MSS Sg Buloh, 821 RSAT, SBTD Sg Buloh dan SP 11 Bgd terlibat di dalam eks ini sama ada sebagai pengendali, pelaku dan wasit (25 RAMD).
Upacara Penutup telah disempurnakan oleh Ketua Staf MK 11 Bgd, Lt Kol Azlan Muhammad.