Semasa

23 Pegawai Kanan TD Dinaikkan Pangkat

KUALA LUMPUR : Seramai 23 pegawai kanan dari pelbagai Kor Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh  Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim  di Dewan Tanjung, Wisma Transit pada 13 Nov 2017.

Pemakaian pangkat didahului oleh Kol Ho Hin Chai yang dinaikkan pangkat dari Kol ke Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Jurutera Jabatan Arah Rejimen Askar Jurutera Diraja dan diteruskan dengan enam pegawai kanan dinaikkan pangkat Lt Kol ke Kol iaitu Lt Kol Abu Hurairah Talib menjawat jawatan sebagai Pengarah Rancang Dan Pembangunan Bahagian Pasukan Simpanan, Lt Kol (Dr) Mohd Alias menjawat jawatan sebagai Penolong Ketua Pengarah Perkhidmatan MK 1 Div, Lt Kol (Dr) Siti Nordiana Dollah menjawat jawatan sebagai Pakar Psikiatri Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Lt Kol (Dr) Mohd Arshil Moideen kekal sebagai Penolong Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan MK 3 Div, Lt Kol (Dr) Che Hasnura Che Hassan kekal jawatannya sebagai Pakar Sakit Puan Bahagian Perubatan Jabatan Pakar 94 Hospital Angkatan Tentera seterusnya yang terakhir Lt Kol Abang Mohamad Hj Abang Marzuki menjawat jawatan sebagai Komander Rej 511 Askar Wataniah dan diakhiri pemakaian pangkat dari Mej ke Lt Kol kepada 16 orang Pegawai Kanan TD.

Dalam ucapan PTD beliau menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pegawai yang dinaikkan pangkat dan menegaskan bahawa komitmen dan keikhlasan yang diberikan seharusnya seiring dengan pangkat dan jawatan yang disandang.

Turut hadir, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Lt Jen Dato’ Ya’akob Koming dan pegawai-pegawai kanan TD.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online