KUALA LUMPUR: Seramai 11 Pegawai Kanan Kor Risik Diraja (KRD) diraikan dalam satu Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) sempena Hari KRD Ke-48 yang dihadiri oleh Pengerusi KRD, Lt Jen Datuk Abdul Hadi Hj Hussin di hotel terkemuka sekitar Kuala Lumpur pada 12 Nov 2017.
MMR tersebut merupakan salah satu aktiviti sempena Hari KRD tahun ini dan pada masa yang sama turut meraikan dan mengenang jasa pegawai-pegawai KRD yang akan bersara dari perkhidmatan disamping merupakan amalan rejimental dalam kor serta dapat mengeratkan hubungan sesama pegawai.
Antara mereka yang diraikan ialah Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor, Mej Jen Dato’ Mohd Zahar Hashim, Mej Jen Dato’ Mohd Noor Osman, Brig Jen Dato’ Tuan Roslan Tuan Ismail, Lt Kol Hj Md Razeef Md Jee, Lt Kol Syed Azhar Syed Abu Bakar, Lt Kol Amirolshah Hj Hussin, Lt Kol Hj Azman Kamis, Lt Kol Hj Abdul Kadir Jayalani Shahul Hameed, Mej Suhaimi Mohamad dan Mej Mohd Azwawi Md Isa.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Mej Jen Dato’ Mohd Sobri Paridaludin Hj Ismail, Ketua Unit Khas Pejabat Peguam Negara, Mej Jen Dato’ Ghazali Hj Ismail dan Pengarah KRD, Kol Mahmud Ahmad.
Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan