MELAKA: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor semasa Lawatan Kerja PAT ke 3 Div, Kem Terendak telah berjumpa warga tentera 3 Div dan menerangkan beberapa perkara berkaitan aspek Skim Anuiti Veteran (SAVe), Skim Berpencen 26 tahun serta Program Perumahan Kerajaan kepada anggota iaitu Satu Anggota Satu Rumah (SASAR) demi menzahirkan keprihatinan beliau akan kepentingan dan masa hadapan warga tentera apabila bersara kelak pda 28 Nov 2017.
Kehadiran beliau dalam menyampaikan serta menerangkan skim-skim ini jelas menunjukkan bahawa ATM senantiasa bersikap prihatin dan ambil berat terhadap kebajikan dan moral warganya.
Turut hadir dalam sesi penerangan tersebut AKS Perkhidmatan Anggota, Mej Jen Datuk Wira Zamrose Mohd Zain, Ketua Staf MKTD, Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharudin, AKS CSM Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah serta pegawai kanan yang lain.