JOHOR: Kemeriahan cuti sekolah bagi anak-anak pegawai dan anggota Angkatan Tnetera Malaysia (ATM) dirasai apabila seramai 22 orang dikhatankan dalam Program Khatan Perdana Peringkat 7 Bgd yang diadakan di Kem Batu 3 Batalion ke-5 RAMD pada 2 Dis 2017.
Program yang bermula seawal jam 8 pagi itu diserikan dengan acara perarakan dari Surau Pahlawan menuju ke tempat berkhatan.
Selain perarakan,anak-anak ini juga diraikan dalam acara berendam dalam bot tempur sebelum dikhatankan di Dewan Makan kem tersebut.
Program yang dianjurkan dengan kerjasama Batalion ke-2 Ubat (KKD) melibatkan sebanyak seorang pegawai dan 20 orang anggota.
Program yang diadakan ini juga telah dihadiri oleh Pegawai Memerintah Batalion ke-5 RAMD dan Pegawai Memerintah Batalion ke-2 Ubat (KKD).
Selain dapat mengisi masa cuti anak-anak pegawai dan anggota,program ini juga dapat menimbulkan keyakinan kepada mereka yang terlibat untuk menjadi insan yang berguna dewasa kelak.