MELAKA: Seramai 120 orang warga 10 Skuadron Rejimen Semboyan Diraja (Para) dan 3 RSD telah hadir mendengar taklimat berkaitan Skim Anuiti Veteran (SAVe) yang disampaikan oleh Pegawai Pemerintah 10 Skn RSD (Para), Mej Zahrul Izwady dan Staf Gaji Pasukan di 10 Skn RSD (Para) pada 5 Dis 2017.
Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan lebih lanjut kepada semua peringkat anggota berkaitan inisiatif terbaru yang diperkenalkan Kementerian Pertahanan dan Peg Pem turut menerangkan polisi semasa perkhidmatan termasuk lanjutan perkhidmatan dari 21 ke 26 Tahun.