3 DivSemasa

Joint Adventure Training Asas Kerjasama Bilateral Malaysia Singapura

SINGAPURA: Briged Keempat Infatri Malaysia (Mekanize) (4 Bgd (Mek)) telah terpilih menyertai Joint Adventure Training (JAT) bersama Tentera Darat Singapura mulai 4 hingga 9 Dis 17 di Kem Selarang, Singapura.

Panglima 4 Bgd (Mek) Brig Jen Dato’ Md Din Hj Abu telah merasmikan acara penutup latihan ini pada 8 Dis 17.

Seramai tujuh pegawai dan 19 Lain-Lain Pangkat (LLP) dari 4 Bgd (Mek) telah menyertai latihan dwi-tahunan ini. Antara acara yang dipertandingan adalah Scorpion Trail, Cross Country Cycling dan Dragon Boat Challenge.

Latihan ini adalah untuk membina persefahaman dan sikap bekerjasama secara bilateral dua negara yang mempunyai kepentingan pertahanan semasa dan akan datang.

Selain itu ianya juga sebagai latihan ketahanan dan kekuatan fizikal anggota tentera kedua-dua negara memandangkan disiplin setiap acara yang dipertandingkan agak mencabar.

Ketua Am Markas 4 Bgd (Mek) Lt Kol Abdul Munir Hj Abd Rani turut hadir sepanjang latihan berlangsung.

– Briged Keempat Infatri Malaysia (Mekanize)

[divider style=”solid” top=”20″ bottom=”20″]

[srizonfbalbum id=76]

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online