KUALA LUMPUR: Seramai 28 pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terdiri daripada 25 pegawai Tentera Darat, dua pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia dan seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia terlibat dalam Majlis Penutup Kursus Sarjana Pengurusan Pemerintahan Pasukan Siri 20/2017 di Dewan Al-Farabi, Institut Pegawai Kanan Tentera Darat (INSPEKA) yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim pada 22 Dis 2017.
Kursus Sarjana Pengurusan Pemerintahan Pasukan merupakan satu program kerjasama akademik antara Institut Pegawai Kanan Tentera Darat (INSPEKA) bersama Universiti Malaya (UM) yang diselaraskan di bawah Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FPP) bermula pada tahun 1996 yang mana Memorandum Persefahaman (MOU) bagi program ini telah ditandatangani pada 24 September 1997.
Kursus ini dilaksanakan sepenuhnya di INSPEKA untuk tempoh 24 bulan dan tenaga pengajar serta penyelia adalah dari UM serta Juruarah INSPEKA. Ijazah Sarjana Pengurusan mendapat akredatasi penuh dari pihak Malaysian Qualification Agensi (MQA) dikeluarkan oleh UM kepada para penuntut yang berjaya menamatkan pengajian mereka.
Tujuan utama kerjasama ini adalah untuk melahirkan dan memperkasakan pegawai-pegawai ATM menerusi pembelajaran pengurusan sebagai nilai tambah kepada kepakaran ketenteraan sedia ada. Di samping itu, ianya juga sebagai platform bagi perkongsian ilmu, idea seta pengalamat bagi memantapkan kemampuan Pegawai ATM dalam aspek pengurusan organisasi, material serta kewangan.
PTD dalam ucapannya, mahukan semua pegawai yang sentiasa menyumbang sesuatu kepada perkhidmatan berdasarkan kepada ilmu pengetahuan dan kepakaran yang telah dipelajari.
“Ilmu sekiranya tidak dipraktikkan akan menjadi satu perkara yang sia-sia dan boleh merugikan perkhidmatan yang telah membuka peluang kepada saudara-saudara sekelian. Bak kata Imam Syafie, ilmu itu ibarat air, jika tidak bergerak ia akan menjadi mati lalu membusuk,”tegas beliau.
Pada masa sama, PTD turut menyampaikan sijil-sijil kepada siswa-siswa yang menghadiri Kursus Sarjana Pengurusan Pemerintahan Pasukan Siri 20/2017 dan Siswa terbaik disandang oleh Lt Kol Azraf Omar.
Turut hadir Panglima Medan Barat, Lt Jen Datuk Azizan MD Delin, Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Wira MD Tajri Alwi, Ketua Jabatan Operasi dan Pengurusan Sistem, Prof Madya Dr Noor Ismawati Jaafar, Komandan INSPEKA, Brig Jen Dr A.Endry Nixon.
Jurugambar: PWII Mohd Shahril Mat Ali
[srizonfbalbum id=114]