Bersama PemimpinSemasa

Perbarisan Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat Ke-9

KUALA LUMPUR: Seramai 411 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat ke-9 (SMR TD) bertempat di Dataran PTD, Kem Perdana Sungai Besi pada 27 Okt 2023.

Acara serah terima tugas di antara SMR TD ke-8, PW l Mohd Pauzi Mohd Ali dan SMR TD ke-9, PW l Shahamrie Abdullah dimulakan dengan upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa SMR TD telah disaksikan oleh Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

Majlis diteruskan dengan jamuan makan dan acara penyampaian cenderahati kepada Mantan SMR TD.

Majlis diakhiri dengan acara Street Lining mengiringi Mantan SMR TD sebagai penghormatan terakhir untuk beliau.

Turut hadir, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Rashidin Hashimi Ab Rashid, Panglima 1 Bgd, Brig Jen Mohamad Noorlizam Shamsuddin dan SMR-SMR Kor dan Rejimen.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online