Semasa

Program Jiwa Murni 11 Bgd Ceriakan Warga Emas Mahmudah Malaysia

SELANGOR: Seramai sembilan pegawai dan 59 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada Briged Ke-11 Infantri Malaysia (11 Bgd) terlibat dalam Program Jiwa Murni 11 Bgd di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Semenyih pada 27 hingga 28 Dis 2017.

Program ini bertujuan untuk membantu Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia yang didiami seramai 53 orang penghuni dari sudut sumbangan barangan keperluan harian, kebersihan kawasan, penambaikan bangunan kediaman dan meningkatkan taraf kesihatan penghuni-penghuni disamping memberi sinar harapan baharu kepada mereka.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti gotong-royong membersihkan kawasan halaman belakang pusat jagaan, bantuan pembinaan lantai simen, pemeriksaan kesihatan, santapan rohani dan aktiviti keagamaan, bantuan pemasangan peralatan elektrikal, pemeriksaan dan rawatan pergigian, mengecat pagar tembok batu, gotong-royong menyediakan sajian, bantuan melipat baju penghuni-penghuni, menghapuskan sarang penyengat, persembahan hiburan kugiran, sesi beramah-mesra bersama penghuni-penghuni serta bantuan semburan fogging di sekitar pusat jagaan.

Pasukan-pasukan yang terlibat adalah di bawah naungan 11 Bgd seperti Rejimen 502 Askar Wataniah (Rej 502 (AW)), 11 Skuadron Semboyan Diraja (11 SSD), Markas Staf Stesen Sungai Buloh (MSS Sg Buloh), 821 Rumah Sakit Angkatan Tentera (821 RSAT), 621 Pusat Gigi Angkatan Tentera (621 PGAT), Stesen Bomba Tentera Darat Sungai Buloh (SBTD Sg Buloh) dan Markas/Kem 11 Bgd.

Agensi-agensi luar yang terlibat di dalam program ini seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat (JKM Hulu Langat), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat (PKD Hulu Langat), Angkatan Pertahanan Awam Daerah Hulu Langat (APM Hulu Langat) dan penduduk-penduduk Kampung Sungai Purun.

Majlis penutup program ini disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Haji Johan Abd Aziz selaku Penaung Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia bersama Tim Komander Rej 502 (AW), Lt Kol Mohd Tahir Symon selaku Pemangku Panglima 11 Bgd dengan acara menanam pokok sebagai simbolik kepada penutup program ini.

Turut hadir Ketua Staf MK 11 Bgd, Lt Kol Azlan Muhammad, Pegawai Memerintah dan Pemerintah naungan 11 Bgd.

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online