Bersama PemimpinSemasa

Pegawai Kanan TD Naik Pangkat

KUALA LUMPUR:  Seramai 19 Pegawai Kanan dari pelbagai Kor Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim di Dewan Tanjung, Wisma Transit pada 28 Dis 2017.

Pemakaian pangkat dimulakan dengan kenaikan pangkat dari Brig Jen ke Mej Jen didahului oleh Brig Jen Datuk Hasan Ali yang menjawat jawatan sebagai Panglima 21 Grup Gerak Khas manakala  Lt Kol (Dr) Rafedon Nahidon di naikkan pangkat Kol serta menjawat jawatan sebagai Pakar Ortopedik Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dan majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat dari Mej ke Lt Kol melibatkan 17 pegawai.

Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan tahniah dan berharap kenaikkan pangkat ini dapat memberi semangat serta dorongan kepada mereka yang dinaikkan pangkat bagi menjalankan tugas dan memikul amanah yang dikurniakan Allah S.W.T dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap organisasi serta menaikkan lagi imej TD.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Lt Jen Dato (Dr) Yaakop Koming.

Gambar: LKpl Ainur Aisyah Yahaya

[srizonfbalbum id=116]

 

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online