NEGERI SEMBILAN: Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) telah melaksanakan Majlis Penutup Karnival Sukan Perajurit Muda Siri 184/17 pada 3 Jan 2018 yang lalu yang disempurnakan oleh Komandan PUSASDA.
Acara penutup karnival sukan ini telah dimulakan dengan perasmian larian Merentas Desa sejauh 12 km bagi Perajurit Muda lelaki dan staf/jurulatih lelaki terbuka serta 8 km bagi staf/jurulatih lelaki veteran dan staf/jurulatih wanita terbuka.
Antara acara sukan yang telah dipertandingkan antara kompeni di dalam karnival ini adalah futsal, touch rugby, sepak takraw, bola sepak, bola tampar, tarik tali dan merentas desa.
Karnival sukan ini diadakan adalah bagi membudayakan sukan sebagai salah satu gaya hidup yang sihat sebagai anggota tentera seiring dengan konsep ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang cergas’.
[srizonfbalbum id=122]