Semasa

Pertandingan Tinju Novis Perajurit Muda Siri 184/17

NEGERI SEMBILAN: Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) telah menganjurkan Pertandingan Tinju Perajurit Muda Siri 184/17 bagi memberi pendedahan dan mencungkil bakat peninju-peninju muda yang baharu untuk diketengahkan pada 8 hingga 11 Jan 2018.

Sebanyak lapan kategori dipertandingkan dan Peninju Terbaik dimenangi oleh PM Mohd Shawal Amran dari Kompeni Golf.

Majlis Penutup disempurnakan oleh Komandan PUSASDA, Kol Khairul Azmizal Ahmad Natal dan dalam ucapannya, beliau mengatakan bahawa sukan tinju merupakan sukan teras dan sinonim dengan TD dan menerangkan betapa pentingnya pembentukan jiwa yang berani serta semangat juang yang tinggi sebagai seorang bakal anggota TD pada masa hadapan.

“Latihan ketahanan fizikal dan mental merupakan perkara asas yang perlu diterapkan oleh PUSASDA dalam usaha melahirkan Perajurit Muda (PM) yang berdaya saing dan sukan tinju adalah salah satu sukan yang diketengahkan bagi membuktikan bahawa disamping membina ketahanan fizikal dan mental malahan juga membina semangat berani serta juang yang tinggi,”ujar beliau.

Artikel Berkaitan

Back to top button