KEDAH: Seramai tiga pegawai dan 124 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) warga 6 Briged telah menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Kedah dalam Majlis Ramah Mesra Dan Penyampaian Sumbangan Barakah di Kedah Volunteer Hall (KVH), Sungai Petani pada 23 Jan 2018.
Sumbangan ini bertujuan untuk membantu meringankan bebanan warga 6 Bgd yang terdiri daripada anggota tentera serta keluarga yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) dan juga anggota tentera yang berstatus ibu tunggal.
Wakil Kerajaan Negari Kedah yang juga Adun Tanjung Dawai, Dato Hj Tajul Urus Hj Mat Zaini menyampaikan sumbangan Barakah kepada penerima sumbangan sambil disaksikan oleh Panglima 6 Bgd, Brig Jen Abdul Aziz Hj Ismail.
Selain itu, majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara Warga 6 Bgd amnya, Tentera Darat khasnya dengan Kerajaan Negeri Kedah.
Gambar: Pbt Thinesh Paramasivam