SARAWAK: Seramai satu pegawai dan 11 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Pasukan Batalion ke-8 Rejimen Sempadan (8 RS) terlibat dalam kerja-kerja penghantaran bekalan makanan kepada mangsa banjir yang disumbangkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sekitar Daerah Beluru, Miri pada 12 Feb 2018.
Penghantaran bekalan makanan ini mendapat kerjasama daripada agensi awam lain seperti APM, PDRM, Pejabat Daerah Beluru dan JKM yang mana penghantaran menggunakan Bot Express yang di sedia oleh Pejabat Daerah Beluru.
Penduduk kampung juga turut bekerjasama menurunkan bekalan makan dan kerjasama di antara penduduk kampung dan tentera ini melihatkan perpaduan yang jitu di antara tentera dan rakyat.
Gambar: Lt M Mohd Fadzrullah Zainudin