Bersama PemimpinSemasa

17 RAMD (Para) Terima Kunjungan KDYMM Sultan Kedah Merangkap Kol YDP RAMD

MELAKA: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah selaku Kolonel Yang DiPertua Rejimen Askar Melayu Diraja sempena lawatan ulung baginda pada 13 Feb 2018.

Lawatan ini bertujuan untuk mempamerkan kesiagaan dan keupayaan pasukan dalam Kor RAMD serta memperkenalkan kepada baginda berkenaan Kor RAMD.

Keberangkatan tiba baginda dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama bersama panji-panji 17 RAMD (Para). Seterusnya, baginda diarak ke Pos Pemerintah, Pameran Aset Mekanize dari 12 RAMD (Mek), 14 RAMD (Mek), dan 19 RAMD (Mek), pameran statik dari Komp Pandura (Para) serta pameran statik istiadat dari 1 RAMD. Acara bergambar serta santapan DiRaja di Wisma Perwira 17 RAMD (Para).

Turut mengiringi baginda, Raja Muda Kedah, Raja Muda Selangor, Menteri Besar Kedah, Raja Muda Selangor, Ketua Menteri Melaka, dan SUK Negeri Kedah.

Bersempena lawatan ini, usaha sama antara 1 RAMD, 5 RAMD, 9 RAMD (Para), 10 RAMD, 12 RAMD (Mek), 14 RAMD (Mek), 19 RAMD (Mek), 24 RAMD, dan 514 AW yang bertungkus-lumus untuk menjayakan lawatan tersebut.

Gambar: Sjn Shahrul Nizam dan LKpl Muhamad Sobri Hambali

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online