KUALA LUMPUR: Seramai 136 pegawai dan 1000 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terdiri dari unit-unit yang berada di dalam Kem Perdana, Sungai Besi terlibat dalam Perbarisan Pembacaan Perutusan Hari Tentera Darat Ke-85 Peringkat Kentomen, Sungai Besi di Dataran PTD pada 1 Mac 2018.
Perbarisan Pembacaan Perutusan Hari Tentera Darat Ke-85 Peringkat Kentomen, Sungai Besi telah disempurnakan oleh Kol Tadbir MK PMBTD, Kol Ahmad Zainuri bin Abdullah.
Perbarisan diketuai oleh Pegawai Memerintah 71 RSD, Lt Kol Hamdan Abd Rahman diiringi pancaragam dari Pasukan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) dan PUZIDA.