HUTSemasa

Perbarisan Sempena HUT TD Ke-85 Peringkat 7 Bgd

JOHOR: Sertai 23 pegawai serta 380 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Markas Briged Ke-7 Infantri Malaysia (7 Bgd) terlibat dalam Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat ( HUT TD) yang ke-85 bertempat di Padang Kawad Institut Kejuruteraan Medan (IKEM) pada 1 Mac 2018.

Dalam ucapan Panglima Tentera Darat yang disampaikan oleh Panglima 7 Bgd,
bahawa penghargaan perwira-perwira terdahulu yang berjuang untuk memberikan keamanan dan menaikkan imej organisasi TD sehingga menjadi gah seperti yang dinikmati hari ini serta imej TD yang perlu dijaga.

Beliau juga turut mengingatkan tentang segala usaha-usaha yang dilakukan organisasi TD kini dalam menjadikan ianya satu angkatan yang kredibel dan releven di masa akan datang.

Selain dapat meningkatkan semangat juang di kalangan warga TD, perbarisan yang diadakan kali ini turut memberikan impak yang besar kepada warganya untuk terus memastikan nama baik TD disanjung tinggi di pandangan masyarakat.

Gambar: Sjn Azwan Pairus Mat Repin

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online