MELAKA: Seramai 16 pegawai dan 40 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dengan Map Exercise (MAPEX) River Crossing Operation dan penataran bagi Exercise Ubique Claw Siri 1/2018 di 10 Skn Rejimen Askar Jurutera Diraja (Para) pada 15 Mac 2018.
Perlaksanaan MAPEX River Crossing Operation dan penataran eksesais dibuat bertujuan sebagai persediaan awal serta perancangan yang teliti bagi menghadapi Exercise Ubique Claw Siri 1/2018 yang akan dilaksanakan pada 19 hingga 25 Mac 2018.
Penataran eksesais juga melibatkan pendedahan dan latihan kering bagi pemasangan Portable Floating Platform (PFP) dan rakit Catamaran yang melibatkan anggota 10 Skn RAJD (Para) dan Rintis Serang dibawah naugan 10 Bgd (Para).
Pegawai Pemerintah 10 Skn RAJD (Para), Mej Mohd Syahrudin Hj Sadri merangkap Crossing Area Engineer (CAE) telah memberi penerangan secara teperinci tentang pelaksanaan River Crossing Operation manakala penerangan berkaitan CONOP dan Support Plan dilaksanakan oleh semua ketua elemen daripada pasukan-pasukan dibawah naugan 10 Bgd (Para) serta 4 Skn RAJD (Jn).
Manakala persembahan Intelligence Preparation of the Operational Environment (IPOE) dilaksanakan oleh Pegawai Staf 3 Risik 10 Bgd (Para).
Pembentangan MAPEX ini disaksikan Panglima 10 Bgd (Para) selaku Exercise Director, Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Pegawai Staf 1 Latih MK 10 Bgd (Para), Lt Kol Azman Md Zain selaku Exercise Controller (ExCon).
Turut hadir, Lt Muhammad Syahir Asyraf Mhd Zain dari 4 Skn RAJD (Jn) selaku Crossing Site Commander (CSC) bagi jambatan taktikal jenis Tactical Floating Bridge (TFB) yang akan ditumpangkan di dalam eksesais ini.
Gambar: Kpl Muhamad Qoyyu Mat Ali